Thursday, 08 September 2016 13:54

BIDANG TUGAS PEGAWAI FASALITAS

Written by
Rate this item
(0 votes)

Pegawai Fasalitas

 

Bertanggungjawab kepada Ketua Skn Tadbir

 

1.       Tugas secara langsung

 

a)    Memberi nasihat teknikal kepada Pegawai Memerintah melalui Ketua Skn Tadbir mengenai khidmat sajian.

b)    Menetukan segala arahan-arahan dilaksanakan dengan betul.

c)     Menentukan khidmat sajian diberikan dengan sempurna dan betul dipangkalan/unit.

d)     Membuat pemeriksaan rumah masak dan tempat penginapan ketiga-tiga Wisma.

e)     Menentukan segala kelengkapan sajian dan penginapan diagihkan ke wisma-wisma mengikut skala yang telah di tetapkan.

f)      Mengawal penggunaan catuan yang diterima oleh ketiga-tiga wisma.

g)     Menyediakan jadual makanan mingguan berdasarkan kepada jadual pengeluaran(JPRS) yang diedarkan oleh Skuadron Material.

h)    Menerima dan mengeluarkan arahan tugas khas seperti makan awal dan lewat serta keperluan penyajian lain.

i)      Berada di dewan makan mengawasi sistem penyediaan dan penyajian berjalan dengan teratur.

 

2.      Pengurusan Anggota

 

a)     Menentukan perjawatan bagi tiap-tiap mes telah di penuhi.

b)     Menentukan anggota-anggota mes menjalankan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan.

c)     Menentukan anggota berpakaian seragam yang sempurna dan lengkap semasa menjalankan tugas.

d)     Menentukan kebajikan anggota termasuk kursus dan kenaikan pangkat.

e)     Menentukan anggota membuat pemeriksaan perubatan.

f)      Merancang tugas-tugas anggota mengikut tugas syift dan tugas am.

g)     Menyemak serta mengemaskinikan rekod-rekod keanggotaan serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas masalah masalah berkaitan.

 

3.        Pengurusan Katering

 

a )     Bertanggungjawab kepada Pegawai Memerintah diatas khidmat sajian harian yang diberikan kepada pangkalan/unit.

b)      Memberikan khidmat nasihai kepada pangkalan/unit di atas perkhidmatan sajian yang istimewa seperti buffet service,tea service banquet, cocktail service dan barbeque service.

c)      Menentukan tiap-tiap mes menerima catuan basah dan kering cukup sepertimana yang telah ditempah.

d)      Menguruskan segala keperluan untuk jamuan di dalam pangkalan tersebut sama ada di anjurkan oleh Mes Pegawai, Mes PTT Kanan atau Mes Ahli Udara.

e)      Menentukan sajian yang di masak harian mengikut menu yang telah ditetapkan.

f)       Memastikan anggota pembantu sajian memasak mengikut prosidur yang betul, bersih dan teratur.

g)      Menentukan pembekal membekal catuan basah dan kering mengikut jadual pengeluaran serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

h)      Pengurusan catuan basah dan kering di simpan di tempat dan bekas yang telah di sediakan.

i)       Pengurusan catuan basah dan kering di simpan di tempat  yang telah di sediakan.

j)       Pengurusan extra messing dan kiraan stok di tiap-tiap stor catuan mes.

k)      Menyemak pegangan peralatan yang telah diperuntukkan sebulan sekali dan memeriksa keadaanya serta menentukan peralatan memasak,menghidang dan persiapan adalah mencukupi dan tiada yang rosak.

l)       Membuat pemeriksaan di tiap-tiap mes pada setiap hari.

m)     Bagi Mes Ahli Udara yang diswastakan, menentukan sajian dan perlaksanaan tugas mengikut keperluan kontrak menyemak bil-bil pengurus sajian sebelum memajukan kepada kewangan.

n)      Mengawal penempatan rangsum untuk ketiga-tiga Wisma.

 

4.       Pengurusan Housekeeping

 

a)      Menentukan kebersihan di dalam kawasan mes, rumah masak serta halaman mes.

b)      Menentukan permohonan Pegawai serta anggota untuk memperolehi bilik di urus dengan sempurna.

c)      Menentukan kelengkapan bilik mencukupi dan ianya sentiasa di dalam keadaan bersih.

d)      Mentukan tiap-tiap mes dihias dengan sempurna.

e)      Menentukan kontrak mencuci tandas dan memotong rumput menjalankan tugasnya di tiap-tiap mes seperti di perlukan di dalam kontrak.

f)       Menentukan tender/kontrak swill diadakan.

g)      Melaksanakan prosidor pengambilan stok peralatan bilik pada sibilang masa.

h)      Menentukan segala alas meja dan napkin dihantar ke dobi.

i)       Menentukan peralatan dan bahan pencuci mencukupi.

j)       membuat pemeriksaan ke atas bilik-builik mes bagi menentukan kebersihan dan tiada sebarang kerosakan seminggu sekali.

k)      Menyedia penyata-penyata penginapan dan sajian ke pihak IGTU,MTU senggara Komplek dan Tadbir Pangkalan di JU4

 

5.     Tugas-tugas Lain

a)      Mengiring pegawai pemeriksa semasa.

b)      Menerima dan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya terhadap laporan-laporan yang dikemukakan oleh Pakar Sajian,  Pegawai Memerintah atau Ketua Cawang Tadbir.

c)      Membantu Penolong Pengurus Sajian pangkalan/unit atau Ketua Jurusajian bagi menyelesaikan segala masalah pengurusan dan pentadbiran sumber-sumber sajian termasuk anggota, rangsum dan peralatan 

d)      Mengadakan Mesyuarat Fasilitas sebulan sekali atau sekurang-kurangya 6 kali setahun.

e)      Memastikan setiap mes menyediakan menu mingguan dan seterusnya meluluskanya.

f)   Menentukan bahawa senua kawasan memasak dan penyimpanan catuan serta bilik-bilik penginapan bebas dari serangga seberti lipas, anai-anai, semut,tikus dan sebagainya.Pencegahan hendaklah dibuat 2 bulan sekali dengan cara menyembur semua tempat-tempat pembiakannya.Bantuan dari pihak Pejabat Senggaraan kompleks hendaklah di perolehi.

g)      Menentukan semua jaring-jaring pencegah lalat dan perangkap lalat perada dalam keadaan baik.

h)       Segala kerosakan dari segi struktur,bekalan letrik, gas dan air hendaklah dilaporkan kepada pegawai senggara Kompleks untuk tindakan pembaikan.

i)        Penerima penyimpanan dan keselamatan tabung-tabung gas.

j)        Menghubungi serta membuat pelarasan dengan Pegawai Waran Pangkalan/unit bagi mentadbir dan mengurus blok-blok dan bilik-bilik transit dari segi:

            i) Kebersihan dalam dan luar bangunan.

           ii) Melengkapkan peralatan-peralatan yang diperlukan bagi stiap  bilik mengikut

           peruntukan/kelayakan.

           iii) Menentukan setiap anggota transit mendapat layanan serta bantuan    

           sewajarnya

 

CHECK LIST PEGAWAI FASALITAS

 

HARIAN

a)  Menghadiri taklimat pagi di BCC.

b)  Menglihat ‘First Sight’ setiap pagi selepas taklimat pagi.

c)  Memeriksa aktiviti mensyuarat institut yang memerlukan sajian.

d)  Memeriksa pegerakan VIP (sajian)

e)  Menentukan penginapan dan sajian disediakan untuk tetamu yang datang dari unit luar.

f)  Mengendalikan segala jamuan dalam pangkalan dan luar pangkalan.

g)  Menentukan Mes sentiasa beroperasi.

h)  Menentukan kualiti dan kuantiti masakan dalam keadaan baik dan memuaskan.

i)   Menentukan bilik penginapan di wisma-wisma dalam keadaan bersih dan sedia untuk digunakan.

 

 BULANAN

a)  Menentukan anggota sajian menjalankan pemeriksaan FFI di RSAT.

b)  Menentukan tindakan susulan di ambil bagi laporan kerosakan yang telah dilaporkan.

c)  Menentukan penyata blok penginapan dimajukan ke MTU sebelum 5 hb setiap bulan.

d)  Membuat pemeriksaan keatas blok penginapan dan dapur wisma.

 

TAHUNAN

a)   Merancang cuti anggota.

b)   Merancang kursus kerjaya anggota.

c)   Merancang persiapan bagi IGTU.

 

d)   Menentukan perjawatan yang kosong agar dipenuhi.

Read 116 times Last modified on Thursday, 08 September 2016 14:07