FASALITAS

FASALITAS (14)

Thursday, 08 September 2016 15:41

CARTA PERMOHONAN BILIK PENGINAPAN

Written by

SENARAI SEMAK PERMOHONAN BILIK PENGINAPAN

  1. Permohonan melalui utusan/ surat/ arahan tadbir/ telefon
  2. Transit atau bilik tetap
  3. Pembahagian mengikut wisma dan kelayakan
  4. Anggota bujang yang berpindah masuk diberi keutamaan.
  5. Bagi permohonan transit, sekiranya tiada utusan tiada kekosongan akan dibalas bagi tujuan tuntutan
    1. Petugas wisma akan menyediakan bilik
    2. Memasuki bilik
    3. Dokumentasi

* Bagi anggota bujang, beliau wajib untuk tinggal di Wisma dan potongan rangsum akan dipotong secara automatik.

* Bagi anggota  yang berkahwin perlu memohon untuk menduduki wisma kepada PMC dan sekiranya dibenarkan akan di masukkan kedalam Perintah Bahagian 2 untuk dibuat potongan rangsum dan bayaran mes.

 

CARTA ALIR PERMOHONAN BILIK PENGINAPAN

MOHON BILIK

Thursday, 08 September 2016 15:39

PENGURUSAN PENGINAPAN DAN TRANSIT

Written by

Thursday, 08 September 2016 15:35

CARTA ALIR TUNTUT SEMULA RANGSUM

Written by

SENARAI SEMAK TUNTUTAN BAYARAN SEMULA RANGSUM

  1. Pemohon mestilah bujang dan sekiranya berkahwin mestilah dibuat potongan rangsum dan dinyatakan didalam slip gajI.
  2. Sertakan sekali pas cuti atau salinan sijil kursus
  3. Mengisi BAT E 94 sebanyak 3 salinan
  4. Petugas fasilitas hendaklah merekodkan didalam buku sebagai rujukan
  5. Kelulusan Pegawai Fasilitas
  6. Pengesahan Pegawai Memerintah
  7. Hantar ke pejabat gaji

CARTA ALIR TUNTUTAN BAYARAN SEMULA RANGSUM

TUNTUT BAYARAN RANGSUM

Thursday, 08 September 2016 15:34

CARTA ALIR PERMOHANAN RANGSUM

Written by

SENARAI SEMAK PERMOHONAN RANGSUM

  1. Mendapat kekuatan makan dari penyata harian, utusan atau arahan tadbir
  2. Sekiranya kurang dari 72 jam, rangsum tidak akan dipohon.
  3. Mengisi borang permohonan rangsum sebanyak 6 salinan
  4. Hantar ke Kerani Catuan
  5. Permohonan dibuat ke pembekal mengikut skala
  6. Rangsum akan dihantar ke stor rangsum
  7. Penerimaan akan dipantau oleh anggota dan pegawai bertugas mengikut spesifikasi dan skala makanan
  8. Pengagihan kepada wisma

CARTA ALIR PERMOHONAN RANGSUM

MOON RANGSUM

Thursday, 08 September 2016 15:33

CARTA ALIR PERMOHONAN SAJIAN MES YANG DISWASTAKAN

Written by

SENARAI SEMAK PERMOHONAN SAJIAN BAGI MES YANG DISWASTAKAN

  1. Menerima penyata harian dari unit, utusan atau arahan tadbir (72 jam sebelum). Permintaan kurang dari 72 jam tidak akan dilayan.
  2. Memastikan kekuatan anggota bujang, kahwin, berkursus atau bertugas 24 jam.
  3. Menentukan jarak kawasan untuk penghantaran dan pembungkusan sekiranya perlu.
    1. Pejabat fasilitas akan mengisi borang permintaan sajian kepada pembekal.
    2. Semak semula permintaan dengan pembekal.
  4. Petugas fasilitas akan menentukan penerimaan dan menandatangani Bat L 3030.
    1. Sajian dibekalkan.

 

CARTA ALIR PERMOHONAN SAJIAN MES YANG DISWASTAKAN

SAJIAN SWASTA

Thursday, 08 September 2016 14:58

PENGURUSAN ACARA

Written by

SENARAI SEMAK PENGURUSAN ACARA

1. Senarai semak untuk pengurusan acara atau majlis terbahagi kepada tiga bahagian yang perlu diketahui:  

a.      Perkara yang perlu diketauhi iaitu keperluan yang mesti difikirkan/dibincangkan sebelum majlis jamuan diadakan.

b.      Perkara semasa majlis jamuan berlangsung/dilaksanakan.

c.       Perkara selepas majlis jamuan berakhir.

SEBELUM MAJLIS

2. Mesyuarat/perbincangan yang dilaksanakan oleh pengerusi dijadikan sebagai kuasa bagi melaksanakan sesuatu majlis jamuan.

3. Perkara – perkara sebelum majlis yang dibincangkan dalam masyuarat tersebut seperti berikut:


a.      Jenis majlis jamuan diadakan.

b.      Kekuatan anggota yang hadir.

c.       Siapa anggota tertinggi kehormat yang hadir.

d.      Keperluan peralatan yang mesti diadakan bagi sesuatu majlis jamuan.

e.      Tempat majlis jamuan diadakan.

f.       Masa dan tarikh jamuan diadakan.

g.      Khidmat penginapan dan sajian mencukupi atau sebaliknya.

h.      Pembahagian tugas kepada setiap anggota yang terlibat agar majlis dilaksanakan lebih terancang.

i.        Keperluan anggota bantuan  unit luar sekiranya anggota tidak mencukupi.

j.        Perkara – perkara kemungkinan berlaku/tidak dijangka yang perlu diatasi oleh pihak penganjur.

k.       Lain – lain hal yang perlu.

SEMASA MAJLIS

4. Perkara – perkara semasa majlis yang mesti ditekankan adalah seperti berikut:

  1. Bertugas mengikut agihan tugasan yang telah diberikan.
  2. Jangan leka terutama semasa menghidang dan melayan meja VVIP dan VIP.
  3. Sentiasa peka jika terdapat sebarang masalah semasa majlis berlangsung.
  4. Sentiasa mengamalkan kebersihan sepanjang bertugas.
  5. Peka dengan aturcara majlis.
  6. Sebagai penyelia, pemantauan perlu dilakukan kepada semua tetamu dan anggota pramusaji mahupun tukang masak didapur.

SELEPAS MAJLIS

5. Perkara – perkara selepas majlis yang mesti ditekankan adalah seperti berikut:

  1. Kebersihan penginapan, peralatan dan tempat majlis diadakan seperti sediakala/asal – semua anggota fasilitas dan anggota yang terlibat.
  2. Pemulangan peralatan/material yang digunakan kepada pihak pembekal – semua anggota fasilitas dan anggota terlibat.
  3. Mesyuarat/perbincangan bagi post mortem perkara berbangkit – bagi  mengetahui perkara – perkara yang telah dan gagal dilaksanakan sebagai   panduan dan penambahbaikkan dimasa akan datang.

CARTA ALIR MAJLIS/ACARA DI PANGKALAN

Thursday, 08 September 2016 14:51

MAJLIS MAKAN BERADAT

Written by

PERJALANAN MAJLIS

  1. Dinner Call
  2. Tetamu Mengambil Tempat
  3. VVIP Mengambil Tempat
  4. Persembahan Sajian
  5. Sajian Bermula
  6. Sajian Berakhir
  7. Acara Sampingan
  8. Majlis selesai 

 

a.Dinner Call

Tiup Tentuang, ketuk Gong - Mess Steward (Sjn U keatas) (Lapur)“ Tan Sri, Puan Sri, Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Hidangan Telah Sedia Untuk Dihidang”

 

b.Tetamu Mengambil Tempat - Diiringi oleh Pancaragam/Muzik

Tetamu Selesai Mengambil Tempat (Berdiri di Belakang Kerusi)

 

c.     Tetamu VVIP (Meja Utama) Berarak Masuk

-Diiringi oleh ‘ Bag Pipes’

- Tetamu VVIP Mengambil Tempat (Berdiri Belakang Kerusi)

- PMC Ketuk Mallet 1 kali “ Syukur Pada Tuhan”

- Semua VVIP duduk dan di ikuti semua tetamu.

 

d. Persembahan Sajian dan Sajian Bermula

- Mengikut Kesesuai Majlis terpulang kepada pihak penganjur. Kebiasaannya hidangan pertama untuk meja utama dan diiringi oleh muzik latar bagi memulakan acara sajian.

- Sajian biasanya ‘Set Makanan Barat’

- Dihidang Mengikut Turutan Menu

- Pancaragam mengiringi majlis

e.     Sajian menu terakhir

- Hidangan Kopi/Teh

f.      Majlis berhenti rehat

- NYDP bangun dan berucap: “ Tuan Yang Di Pertua, Majlis Mohon Berhenti Rehat Selama 10 Minit”

- YDP bangun ketuk Malet 1 kali dan berucap: “Majlis Berhenti rehat Selama 10 Minit”

Acara Sampingan

  1. Ucapan
  2. Penyampaian Cenderahati
  3. Upacara memotong kek
  4. Persembahan Muzik / Nyanyian
  5. Persembahan Kebudayaan
  6. Acara Tari Menari 
Thursday, 08 September 2016 14:50

RUJUKAN FASALITAS

Written by

REFERENCES

1.    PUBLIKASI UDARA PENGURUSAN FASILITAS MES DAN KELAB.

2.    PMAT BIL 7/2003

3.    JADUAL BEREK  ANGKATAN TENTERA

4.    ARAHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN PENSWASTAAN MAU TUDM

5.    FOOD ACT 1983

Thursday, 08 September 2016 14:07

PENGURUSAN RANGSUM DAN MENU

Written by

1.      Skop

a.Pengenalan.

b.Menerangkan cara-cara penerimaan rangsum.

c.Menerangkan pengurusan stor rangsum.

d.Menerangkan rangsum merujuk kepada PMAT Bil7/03.

e.Menerangkan merancang menu daripada rangsum yang diperolehi.

f.Menerangkan pusingan menu bulanan.

g.Menerangkan hak-hak kerajaan untuk menolak <rangsum.

h.Menerangkan kualiti makanan.

i.Menerangkan kepentingan peralatan dalam pengurusan rangsum.

j.Menerangkan pengawalan mes yang diswastakan.

 

PENGENALAN

2. Kategori Rangsum yang dikendalikan oleh unit-unit TUDM telah dibahagikan kepada beberapa jenis rangsum.  Ini adalah bertujuan untuk memudahkan tatacara pengendaliannya serta sistem penyimpanannya dapat dikemaskinikan dari masa ke semasa. Jenis rangsum tersebut ialah seperti berikut:

a.Rangsum Segar.

b.Rangsum Kering.

c.Rangsum Pukal.

d.Rangsum Tempur.

 

3Rangsum Segar.  Ianya dari jenis–jenis bahan makanan yang asli  dan dalam bentuk asal yang mudah rosak dan perlu dikeluarkan setiap hari dan tidak mempunyai stok simpanan.

4. Rangsum Kering.  Ianya meliputi jenis bahan-bahan yang tidak tahan lama.  Ianya dikeluarkan setiap 2 minggu  (setengah tempoh sajian).  Stok penyimpanan bagi jenis ini adalah 20% daripada jumlah bahan yang dipesan.     

5. Rangsum Pukal.  Rangsum jenis ini meliputi semua jenis bahan yang tahan lama.  Unit dikehendaki menyimpan stok operasi dan stok simpanan berasaskan empat bulan keperluan penghasilan.  Verifikasi stok berjadual perlu dijalankan untuk bahan-bahan ini.  Pusingan stok mestilah mengikut prinsip ‘ Dahulu Masuk Dahulu Keluar’ atau ‘First In First Out’ ( FIFO) supaya stok tidak tersimpan melebihi dari empat bulan yang boleh menyebabkan kerosakan.

6. Rangsum Tempur.  Ianya adalah rangsum berbungkus, dicipta khusus untuk kegunaan di medan.  Ia lengkap dari skalanya, lengkap dengan dapur tempur juga bahan api. 

PENERIMAAN RANGSUM

7.   Penerimaan Rangsum terbahagi kepada dua:

a. Rangsum Kering. Rangsum kering dikeluarkan oleh Skuadron Materiel sekali setiap 2 minggu.  Keputusan menerima atau menolak rangsum kering adalah berpandukan kepada penentuan rangsum (specifications) yang telah ditetapkan.

b. Rangsum Basah. Semasa penerimaan perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

(1) Setiap bahan yang dibekalkan adalah mengikut penentuan (specifications) yang telah ditetapkan.

(2) Setiap bahan yang dibekalkan mencukupi mengikut peruntukan.

8. Bekas-bekas mengisi rangsum segar perlu disediakan dengan secukupnya supaya rangsum sentiasa berada di dalam keadaan baik dan tidak tercemar akibat bercampur antara satu sama lain. 

PENGURUSAN STOR RANGSUM    

          

9.    Stor Rangsum Kering.    Rangsum kering yang diterima sekaligus hendaklah diawasi penggunaannya. Jumlah   penerimaan dan penggunaan perlu dicatatkan ke dalam borang.

10.  Stor Rangsum Segar.  Rangsum Segar dibahagikan kepada dua iaitu Stor Daging, Ikan dan Ayam dan Stor Sayur-Sayuran.

SUKATAN RANGSUM ANGKATAN TENTERA MERUJUK KEPADA PERINTAH MAJLIS ANGKATAN TENTERA  BILANGAN 7 TAHUN 2003

11.     Sukatan rangsum makanan terbahagi kepada dua iaitu:

a. Sukatan Asas.

b.Sukatan Lebihan.

12.     Tujuan Sukatan Rangsum Asas ialah:

a.Mengesahkan dan memberi kuasa untuk mendapatkan belanjawan.

b. Sebagai kuasa bagi mengikat kontrak.

c. Anggota mendapat bekalan yang cukup.

d. Zat dari makanan adalah memadai dan seimbang dalam   semua penugasan.

e. Sebagai satu asas perkiraan untuk belanjawan dan pembekalan.

13.     Tujuan Sukatan Rangsum Lebihan ialah untuk:

a. Memenuhi keperluan tertentu yang bukan keperluan asas.

b. Mengesahkan elaun tambahan yang diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera.

 

14.     Sukatan Rangsum Asas juga ialah:

a.    Terdiri daripada sukatan rangsum Angkatan Tentera yang diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera dan diistiharkan dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera.

b.    Berupa sukatan tetap yang khusus untuk keperluan tertentu – guna sebagai asas pengeluaran.

15.  Jenis-jenis sukatan rangsum Angkatan Tentera adalah seperti berikut :

a.    Sukatan Rangsum Biasa Angkatan Tentera.   Untuk anggota tentera dalam keadaan, suasana, tempat, aktiviti dan sistem pembekalan dan sajian yang biasa.

b.    Sukatan Rangsum Kapal Besar TLDM.  Untuk anggota dalam kapal besar TLDM yang menyelenggarakan akaun sendiri.

c.     Sukatan Rangsum Pecahan/Persinggahan AngkatanTentera.   Untuk anggota dalam pasukan transit, anggota bertugas dalam kem kurang dari 12 jam yang tidak membenarkan mereka balik dan tanggungan anggota tentera semasa transit.

d.     Sukatan Rangsum Pesakit Angkatan Tentera.    UntuK semua pesakit yang menduduki wad di semua pusat perubatan AT, RSAT dan hospital AT.

e.     Sukatan Rangsum Guguran Udara Angkatan TenteraUntuk sub unit di lokasi yang tidak mempunyai hubungan kecuali dengan pesawat dan hanya untuk hari ketiga dan berikutnya.

f.     Sukatan Rangsum Penerbangan Angkatan TenteraUntuk anak-anak kapal semua perkhidmatan dan penumpang di dalam pesawat ATM.

g.     Sukatan Rangsum Tempur Angkatan TenteraTerbahagi kepada dua iaitu Rangsum Tempur Biasa yang digunakan dalam latihan,operasi,peperangan dan bila lain sukatan tidak sesuai manakala Rangsum Tempur Ringan digunakan bila operasi serang hendap dan jarak jauh.

h.    Sukatan Rangsum Anjing Serigala Angkatan TenteraUntuk anjing –anjing perang yang diiktiraf kepunyaan Angkatan Tentera.

i.          Sukatan Rangsum Kuda Angkatan Tentera.    Untuk kuda yang diiktiraf kepunyaan Angkatan Tentera.

j.       Sukatan Rangsum Tambahan Kepada Sukatan Angkatan Tentera.  Sukatan tambahan kepada lain-lain sukatan rangsum Angkatan Tentera dalam suasana, keadaan dan aktiviti tertentu mengikut syarat tertentu.

k.              Sukatan Rangsum Kapal Selam Angkatan Tentera. Sukatan untuk anak-anak kapal yang bertugas didalam kapal selam Angkatan Tentera.

MERANCANG MENU DARIPADA RANGSUM YANG DIPEROLEHI

16.      Prinsip penyediaan menu tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

a.      Jenis Institusi.     Pertimbangan utama dalam menyediakan menu adalah mengetahui jenis institusi. Setiap institusi mempunyai kehendak  dan keperluan yang berbeza.  Dalam memenuhi citarasa pengguna, umur, jantina pekerjaan dan status ekonomi harus diambilkira.  Selain itu latar belakang etnik dan kaum, tradisi agama dan pantang–larang juga penting.

b.      Prinsip Nilai Kandungan Zat.    Nilai kandungan zat dalam makanan adalah mustahak dalam merancang menu kerana tahap aktiviti dan proses hadaman bergantung kepada umur, jantina dan keperluan kalori yang berbeza.  PMAT 7/2003, sukatan rangsum AT disedia dengan mengambilkira keperluan khasiat makanan yang diperlukan oleh seseorang anggota bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

c.    Kemudahan Fizikal.    Peralatan bagi menyediakan masakan akan mempengaruhi penyediaan kerana dengan ada peralatan tertentu masa penyediaan akan menjadi cepat terutamanya jika kekuatan makan itu besar.

d.    Keanggotaan.     Jumlah keanggotaan tukang masak juga memainkan peranan penting dalam penyediaan menu.  Anggota yang sedikit sukar untuk menyediakan makanan yang pelbagai.  Selain itu, kebolehan, kemahiran dan jumlah penyediaan juga perlu dalam penyediaan menu.

e.    Pelbagai Jenis Makanan.    Dalam penyediaan menu, kepelbagaian menu perlu diberi perhatian seperti masakan bergoreng, kukus, rebus dan sebagainya.  Selain itu unsur–unsur warna dan cara memotong uga menjadi tarikan kepada masakan itu.

f.     Gabungan Perisa.    Fakta dalam menarik minat untuk selera makan adalah gabungan rasa. Perancangan yang baik mengandungi pelbagai adunan rasa seperti pedas, lemak dan masam manis.  Dengan cara ini ia akan meningkatkan nikmat makanan tersebut.

g.    Musim Tertentu.    Sekiranya suhu berubah mengikut musim, penyediaan menu juga harus peka kepada perubahan ini.  Contohnya pada musim sejuk makanan berat seperti seperti makanan berpanggang dan sup adalah sesuai sementara makanan sejuk sesuai bagi musim panas

h.    Anggaran Perbelanjaan.    Dalam merancang menu anggaran perbelanjaan perlu diambilkira.  Rangsum yang tidak dibekalkan bagi mes-mes merancang menu harian tidak memerlukan anggaran perbelanjaan kerana bekalan rangsum disediakan.  Perbelanjaan hanya timbul jika sajian tambahan (extra messing) diperlukan.  Bagi rangsum yang tidak dibekalkan  ‘standard recipe’ adalah mustahak supaya segala perbelanjaan dikawal bagi menentukan kos sebenar.

17.     Perancangan menu yang berkesan adalah berdasarkan:

a.    Sikap perancang.

b.    Kebolehan untuk merancang menu memerlukan :

(1)  Imaginasi.

(2)  Daya cipta atau kreatif.

(3)  Minat terhadap makanan.

(4)  Bahan rangsum yang diterima.

 

PUSINGAN MENU BULANAN

18.  Menu adalah senarai masakan yang disediakan untuk dihidangkan kepada tetamu.  Wisma akan merancang menu berdasarkan Jadual Pengeluaran Rangsum Segar dan ianya penting bagi mengelakkan menu berulang serta mengikuti prinsip penyediaan menu. Kitaran satu  menu ialah selama 28 hari ataupun 4 minggu.Penyusunan menu akan membuatkan wisma peka dengan apa yang akan dimasak dan memastikan hidangan dapat menarik minat dan menyelerakan. 

 

HAK-HAK KERAJAAN UNTUK MENOLAK RANGSUM

19.       Kontrak Rangsum dibuat melalui cara-cara berikut:

a.    Pembelian Kontrak.      Kontrak dibuat dengan firma bagi membekal dengan harga, penentuan dan jangkamasa yang ditetapkan.  Ianya merupakan kontrak pusat atau kontrak kementerian dan tender disediakan dan dibincangkan di peringkat MTU – Materiel.

b.    Pembelian melalui sebut harga.    Keperluan hanya sedikit dan sekaligus.  Ianya cepat dilaksana, bersifat sementara dan tempoh yang pendek.

c.    Pembelian dari punca-punca lain.    Pembelian dari sumber lain selain pembekal sebab pembekalan tidak dilaksanakan atau bahan yang dibekal terpaksa ditolak.

d.    Sajian Tunai.     Pemberian wang tunai sebagai ganti untuk membeli rangsum segar jika pembekalan biasa didapati tidak sesuai atau tidak praktikal.

e.     Pembelian Khas.   Pembelian dari sumber lain untuk menampung sesuatu keadaan yang memaksa dengan kuasa yang ada pada Pegawai Memerintah.

20.      Pembekalan Rangsum Secara Percuma Kepada Anggota Tentera ialah ketika melibatkan perkara-perkara berikut:

a.    Semasa operasi atau bertugas di atas kapal TLDM.

b.    Semasa latihan rasmi yang dikelola lebih dari 12 jam.

c.    Semasa kursus atau latihan.

d.    Semasa dikenakan bertugas dan tidak dibenar balik.

21.    Terdapat 2 klausa yang terdapat dalam kontrak rangsum iaitu seperti berikut:

a.    Klausa 13.   Hak Kerajaan apabila Rangsum diserahkan tidak mematuhi peruntukan kontrak.

b.    Klausa 14.    Hak Kerajaan apabila Rangsum diserahkan bertentangan dengan Akta Makanan 1983.

KUALITI MAKANAN

22.       Asas- asas bagi kawalan mutu adalah seperti berikut :

a.    Spesifikasi.

b.    Lain-lain Akta dan Peraturan.

23.       Peringkat-peringkat Kawalan Mutu:

a.    Pemeriksaan fizikal.  Pemeriksaan dilakukan semasa penerimaan dan dilakukan terhadap semua jenis pembekalan rangsum sama ada rangsum segar, rempah ratus atau rangsum pukal.  Pemeriksaan adalah tertumpu kepada ciri-ciri dan sifat-sifat fizikal yang terkandung di dalam spesifikasi.  Perkara-perkara yang diteliti di dalam pemeriksaan fizikal ini meliputi :

(1)  Rangsum Segar.

(a)  Jenis bahan sama ada terkandung di dalam sukatan rangsum dan dokumen kontrak atau tidak.

(b)  Ukuran dan saiz.

(c)  Kesegaran.

(d)  Kebersihan dan keadaan.

(2)  Rangsum Kering. (Beras dan Rempah)

(a)  Ukuran dan saiz.

(b)  Kebersihan.

(c)  Keadaan.

(d)  Cara Pembungkusan.

(e)  Rasa, bau dan warna.

(3)  Rangsum Pukal.

(a)  Kebersihan.

(b)  Keadaan.

(c)  Cara Pembungkusan.

(d)  Saiz dan berat pembungkusan serta isipadu kandungan.

(e)  Rasa, bau dan warna.

(f)   Penandaan.

KEPENTINGAN PERALATAN DALAM PENGURUSAN RANGSUM

24. Jadual Berek Angkatan Tentera.  Satu terbitan mengandungi sukatan stor perumahan sebagai panduan mengira keperluan untuk melengkapi unit dan Berek Angkatan Tentera.

25. Pengendalian Peralatan Sajian.   Peralatan rumah masak di   Angkatan Tentera adalah dikeluarkan berdasarkan Jadual Berek No 10 Sekil No A/700 keluaran 1980.  Ia adalah berbeza di antara satu pangkalan/unit dengan yang lain bergantung kepada corak tugas sesuatu pangkalan/unit itu.  Jenis dan kuantiti peralatan yang disenaraikan di dalam jadual Berek juga berdasarkan kekuatan pangkalan/unit dan perjawatan.

Skala Peralatan

26.     Berikut adalah senarai nombor jadual skala peralatan bagi wisma mengikut Jadual Berek No.10 Sekil No. a/7000 keluaran 1980 :

a.    Wisma Pegawai.  Peralatan dapur, pinggan mangkuk, peralatan penginapan dan lain-lain perkakas berkaitan yang perlu diadakan di Wisma Perwira adalah disenaraikan dengan lengkap di dalam Jadual Berek Angkatan Tentera No 1, 2 & 3.  Kuantiti peralatan yang dipohon daripada Skuadron Materiel adalah bergantung kepada kekuatan sesebuah wisma itu.

b.    Wisma Bintara.   Senarai peralatan dan perkakas dapur dan penginapan yang berkaitan adalah seperti di dalam Jadual Berek Angkatan Tentera No 4,5, 6 dan 7.

c.    Wisma Ahli Udara.  Senarai peralatan dan perkakas dapur dan penginapan yang berkaitan adalah seperti di dalam Jadual Berek Angkatan Tentera No 8,10 dan 11.

d.    Wisma Unit Latihan/Sekolah.  Senarai peralatan, perkakas dapur dan penginapan yang berkaitan bagi wisma unit-unit dan kolej latihan seperti di dalam Jadual Berek AT No 30.

27.   Keperluan peralatan yang baik  ialah supaya alatan yang digunakan terhadap rangsum bagi kegunaan tukang masak dapat menghasilkan hidangan yang mempunyai nilai keenakan dan berkhasiat bagi pelanggan.

28.   Pentingnya peralatan yang bersesuaian dan baik adalah supaya:

a.    Catuan dapat disimpan dalam keadaan baik, tahan lama dan sentiasa segar.

b.    Dapat diproses mengikut jadual masakan.

c.    Masakan dapat disediakan dalam masa yang singkat.

d.    Catuan dapat dimanafaat sepenuhnya tanpa ada pembaziran.

29.     Terdapat 2 jenis peralatan yang digunakan iaitu :

a.    Peralatan Pasang Kekal.    Peralatan yang tidak boleh dipindahkan/diubah-ubah dan biasanya ia dipasang pada bangunan.

b.    Peralatan Tidak Terpasang.     Peralatan yang mudah dipindahkan dan biasanya kecil serta ringan.

 

Thursday, 08 September 2016 14:03

BIDANG TUGAS PTTR FASALITAS

Written by

1)    Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pegawai Fasilitas dan Penyelia Mes untuk menkordinasi sesuatu jamuan VVIP dan Vip serta penginapan mes.

2)   Menyediakan menu harian.

3)   Mengagihkan bilik kepada pegawai yang bertukar masuk atau membuat tugas sementara.

4)   Menentukan keadaan bilik, rumah masak  dan persekitaran mes dalam keadaan bersih.

5)   Menyediakan tempat dan peralatan yang diperlukan apabila sesuatu majlis diadakan.

6)   Melapor segala kerosakan dan mengikuti perkembanganya.

7)   Mengendalikan jamuan bila masa diarahkan.

8)   Menyampaikan maklumat dan arahan dari Pengurus Mes kepada anggota bawahan

9)   Sentiasa bersiap sedia apabila diperlukan.

10)  Menentukan penyata bilik di hantar ke Fasilitas.

 

 

CHECKLIST PTTR

 

HARIAN

a)   Baris pagi

b)   Taklimat dan pengagihan tugas dari Peg Fasalitas dan PTTK Wisma                                                            

c)   Membuat tugasan yang diberikan

d)   Memeriksa sebarang kerosakan dan membuat laporan kerosakan.

e)   Menentukan kawasan dan semua peralatan berada dalam keadaan baik.

f)    Menyediakan peralatan dan tempat apabila ada jamuan.

 

MINGGUAN

a)   Menentukan stor-stor rangsum dalam keadaan bersih dan teratur.

b)   Mengemaskini dan menyemak kembali borang-borang penerimaan.

c)   Merekod dan menyimpan rangsum-rangsum berlebihan.

d)   Menentukan laporan kerosakan telah diambil tindakan dan telah dibaiki.

 

BULANAN

a)   Membuat pembersihan stor-stor rangsum.

b)   Memastikan semua laporan kerosakan telah diambil tindakan.

d)   Membuat dan menyelesaikan kerja-kerja tertangguh.

e)   Memastikan rangsum di stor selamat digunakan.