Friday, 17 March 2017 13:36

TATACARA SEBELUM/SEMASA MENERIMA KURNIAAN PINGAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

1.         Kurniaan Tidak Melalui Perkhidmatan. Anggota tentera yang menerima sebarang kurniaan secara terus daripada Kerajaan Negeri hendaklah memaklumkan kepada Cawangan Perkhidmatan Istiadat bagi sebarang penerimaan pingat untuk mendapatkan kelulusan daripada Panglima Tentera Udara. Apabila menerima surat tawaran kurniaan pingat daripada Kerajaan Negeri, anggota dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut:

            a.         Majukan surat permohonan untuk mendapatkan kelulusan daripada Panglima Tentera Udara beserta surat tawaran yang diterima dari Kerajaan Negeri.

            b.         Satu salinan surat permohonan kelulusan yang dihantar kepada Panglima Tentera Udara dan surat tawaran yang diterima hendaklah dimajukan ke Cawangan Perkhidmatan Istiadat.

            c.         Sebarang maklumat akan dimaklumkan kepada anggota oleh Cawangan Perkhidmatan Istiadat.

Read 183 times