Thursday, 15 September 2016 11:58

SPAAT KEMBARAN C-Perjanjian

Written by
Rate this item
(0 votes)

KEMBARAN C KEPADA

PERATURAN SPAAT 

 

PERJANJIAN INI dibuat pada                         haribulan                                 

ANTARA

TABUNG KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA yang mempunyai alamat di Markas Angkatan Tentera, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut sebagai`TKAT’) sebagai satu pihak

DAN

....................................................................................................(No. Tentera: .........................) yang mempunyai alamat di..............................................................................

.......................................................................

(kemudian daripada ini disebut sebagai 'Peminjam') sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA:

A.         TKAT berhasrat menggalakkan pencapaian profesional dan akademik anggota ATM yang berminat mengikuti pengajian profesional dan akademik secara sepenuh masa yang tidak ditaja oleh Kerajaan Malaysia.

B.         Untuk mencapai tujuan dan maksud tersebut, TKAT telah bersetuju menyediakan suatu 'Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (kemudian daripada ini disebut sebagai 'Skim SPAAT’) daripada tabung bukan awam yang boleh digunakannya untuk kemudahan anggota ATM terpilih yang sedang berkhidmat tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini.

C.         Peminjam sebagai anggota ATM yang sedang berkhidmat telah memohon kepada TKAT untuk diberi Pinjaman bagi membolehkan peminjam mengikuti kursus pengajian profesional dan akademik di bawah Skim TAPAT(kemudian daripada ini disebut sebagai 'Kursus') di Institusi Pengajian tempatan (kemudian daripada ini disebut sebagai 'Institusi).

MAKA  KEDUA-DUA PIHAK BERSETUJU seperti berikut:

1.         KEMUDAHAN PINJAMAN

            Sebagai balasan kepada TKAT memberi Pinjaman sejumlah RM ................................................... (kemudian daripada ini disebut sebagai 'Pinjaman' yang mana ungkapan tersebut jika konteks membenarkan hendaklah termasuk mana-mana bahagian atau bakinya) yang dibayar atau didahulukan untuk faedah Peminjam secara pembayaran sekali gus atau berperingkat-peringkat jika dan apabila TKAT berpuas hati bahawa Kursus itu mewajarkan pembayaran tersebut, Peminjam DENGAN INI BERSETUJU DENGAN WAAD DAN AKUJANJI seperti di peruntukkan di bawah ini.

2.         WAAD DAN AKUJANJI OLEH PEMINJAM

Peminjam dengan ini bersetuju dengan waad dan akujanji seperti berikut:

(a)        Membayar balik kepada TKAT apabila dituntut dan sehingga dituntut seperti yang disebutkan itu hendaklah membayar balik Pinjaman tanpa faedah secara ansuran selama ........... bulan sejumlah RM ....................... (...........................................................................................................................) sebulan (kemudian daripada ini disebut sebagai 'Ansuran Bulanan') yang mana pembayaran pertama hendaklah dibuat dua (2) bulan selepas tarikh Pinjaman dibayar atau didahulukan kepada Institusi atau bagi pihak atau untuk faedah Peminjam (atau pada masa lain yang TKAT atas budi bicara mutlaknya boleh menetapkannya) dan ansuran berikutnya hendaklah dibuat setiap 1 (satu) bulan sehingga jumlah penuh pinjaman telah dibayar dan dilunaskan sepenuhnya.

(b)        Melaksanakan Surat Kebenaran kepada Urusan Gaji Angkatan Tentera (kemudian daripada ini disebut sebagai 'UGAT') dan seterusnya membenarkan UGAT memotong daripada gaji bulanan Peminjam pada setiap bulan Ansuran Bulanan yang dirujuk dalam Fasal 2 (a) di atas dan bagi UGAT membayar jumlah yang sama atau menyebabkan pembayaran itu dibuat kepada TKAT melalui akaun atas nama Tabung Kebajikan Angkatan Tentera atau kepada akaun lain seperti yang ditetapkan oleh TKAT.

(c)         Dengan memastikan anak tanggungan peminjam tekun dan berusaha meneruskan Kursus dan menghadiri semua ujian dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Institusi terhadap anak peminjam untuk menamatkan Kursus dengan jayanya.

(d)        Memaklumkan TKAT sebarang keputusan pihak Institusi untuk menamatkan Kursus atau tidak membenarkan Peminjam meneruskan Kursus atas apa-apa sebab sekalipun.

(e)        Memastikan bahawa gaji bulanannya tidak kurang daripada yang diperlukan untuk membayar balik ansuran bulanan seperti yang ditetapkan sebelum ini dalam Fasal 2 (a).

3.         MUNGKIR      

            Dengan kemungkiran Peminjam seperti di bawah Perjanjian ini TKAT berhak  untuk menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis secara bertulis kepada Peminjam yang mana dalam keadaan demikian Perjanjian ini akan tamat serta-merta dan menjadi batal dan tak sah dan tidak lagi berkuatkuasa, dan satu pihak tidak boleh membuat tuntutan terhadap pihak yang lain kecuali berhubung dengan pelanggaran Perjanjian sebelum ini atau memaksa Pelaksanaan Spesifik Perjanjian ini TERTAKLUK SENTIASA kepada hak-hak TKAT untuk mendapatkan balik semua jumlah atau wang yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini oleh Peminjam.

Jika sekiranya Peminjam:

(i)         mungkir membayar mana-mana ansuran bulanan yang telah dipersetujui oleh Peminjam untuk membayar;

(ii)        gagal membuat pembayaran penuh atas baki wang yang terhutang kepada TKAT apabila notis tuntutan telah dikeluarkan kepada Peminjam

(iii)       gagal mematuhi atau menyempurnakan mana-mana syarat dalam Perjanjian ini

(iv)       menjadi seorang bankrap atau membuat komposisi atau urusan dengan atau untuk faedah pemiutang Peminjam atau membenarkan mana-mana penghakiman terhadap Peminjam masih tidak dilunaskan untuk tempoh selama 21 hari

(v)        melakukan sebarang tindakan kebankrapan

(vi)       mati

(vii)      bersara atau dibersarakan atau menyebabkan perkhidmatannya dengan ATM ditamatkan dengan apa cara sekalipun, 

dan dalam mana-mana keadaan sedemikian kecuali mati Pinjaman dan semua jumlah atau wang yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini hendaklah dibayar dengan serta-merta oleh Peminjam kepada TKAT dan TKAT hendaklah dengan serta-merta berhak mendapatkan balik wang tersebut tanpa terlebih dahulu memberi notis kepada atau mendapat persetujuan daripada Peminjam TERTAKLUK SELALU kepada hak TKAT untuk mendapat bayaran balik baki tertunggak. Jika sekiranya peminjam mati,  maka pihak Jawatankuasa akan melupuskan hutang peminjam tersebut. 

4.         KUATKUASA MENGIKAT

Perjanjian ini hendaklah terikat terhadap penerima serahak, waris, wakil diri dan pengganti pemegang hak milik  kepada Peminjam dan bahawa Perjanjian ini menjadi sebahagian daripada seluruh Perjanjian antara pihak-pihak dan mana-mana atau semua ubahsuaian atau variasi kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat atas persetujuan bersama secara bertulis antara pihak-pihak berkenaan.

5.         PENAMATAN

(i)         Kedua-dua pihak setelah memberi notis tiga puluh (30) hari kepada satu sama lain boleh menamatkan Perjanjian ini dan dalam keadaan sedemikian Perjanjian ini hendaklah ditamatkan selepas tamat tempoh notis itu dan hendaklah menjadi batal dan tak sah dan tidak berkuatkuasa dan dengan demikian semua jumlah dan wang yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini hendaklah dibayar oleh Peminjam kepada TKAT serta-merta atau mengikut cara yang ditetapkan oleh TKAT.

            (ii)        Peminjam dengan ini bersetuju apa-apa surat perakuan yang dikeluarkan oleh TKAT yang menetapkan jumlah dan wang yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini oleh Peminjam hendaklah menjadi bukti kukuh bagi jumlah dan wang yang kena dibayar oleh Peminjam.           

6.         PENGETAHUAN ATAU AKUIESENS

            Pengetahuan atau akuiesens oleh kedua-dua pihak Perjanjian ini atau pelanggaran mana-mana syarat atau waad yang terkandung di dalamnya tidak boleh dilaksanakan  atau disifatkan sebagai penepian syarat-syarat atau waad tersebut dan walau apapun pengetahuan atau akuiesens tersebut, kedua-dua pihak berhak menjalankan hak masing-masing di bawah Perjanjian ini.

7.         Setiap satu waad dan akujanji oleh Peminjam hendaklah berterusan walaupun setelah penamatan yang sah Perjanjian ini dan hendaklah berkuatkuasa dan berterusan untuk faedah TKAT walaupun setelah penamatan yang sah Perjanjian ini akibat daripada apa-apa pelanggaran oleh Peminjam.

8.         KETEGASAN

            Mana-mana syarat, waad atau akujanji dalam suratcara ini yang tidak boleh dikuatkuasakan hendaklah tidak berkuatkuasa setakat mana ia tidak boleh dikuatkuasakan tanpa membatalkan peruntukan-peruntukan lainnya dan hendaklah tidak menjadikan tak sah, terbatal atau tidak boleh menguatkuasakan mana-mana syarat, waad atau akujanji lain-lain yang terkandung di dalamnya.

9.         DUTI SETEM

            Duti setem Perjanjian hendaklah ditanggung dan dibayar oleh Peminjam atas perbelanjaanya sendiri.

10.       PENYELESAIAN PERTIKAIAN

            Sekiranya terdapat sebarang pertikaian antara kedua-dua pihak, perkara tersebut hendaklah diselesaikan dengan baik dan suci hati  dan sekiranya tidak ada penyelesaian dalam hal ini setiap satu pihak adalah bebas memulakan sebarang tindakan undang-undang yang dianggap layak dan sesuai.

11.       NOTIS

            Sebarang notis, permintaan atau tuntutan yang perlu disampaikan oleh satu pihak kepada pihak yang lain hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dianggap telah disampaikan dengan sempurna:

(a) Sekiranya ia disampaikan oleh pihak itu atau peguam pihak itu melalui pos dalam bentuk  surat berdaftar pos berbayar yang dialamatkan kepada pihak itu di alamat pihak itu seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini ia hendaklah disifatkan sebagai telah diterima pada masa surat berdaftar itu akan sampai jika dihantar melalui pos biasa.

(b) Sekiranya ia disampaikan oleh pihak itu atau peguam pihak itu dan dihantar dengan tangan atau melalui perkhidmatan kurier kepada pihak yang satu lagi atau peguamnya.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS  pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan-tandatangan dan meteri-meteri mereka pada haribulan dan tahun mula-mula bertulis di atas.

Ditandatangani ………………………………………………………….

                                         (Peminjam)

Oleh  ........................................................................................................................PEMINJAM tersebut.

                            (Nama Peminjam)

di hadapan :

Nama Saksi (HURUF BESAR)  ...................................................................................................................

No Tentera ...............................

Jawatan .....................................................................................................

Alamat .......................................................................................................

                                                                                                      ......................................

                                                                                                           Tandatangan Saksi   

Ditandatangani, dimeteri dan diserahkan

                                                                             ………………………………………………………

                                                                                    (Pegawai Yang diberi Kuasa)

Oleh ............................................................................................................................ bagi pihak TKAT

                              (Nama Pegawai yang diberi Kuasa)

di hadapan

Nama Saksi (HURUF BESAR) .................................................................................................................

No Tentera ……………………………..

Jawatan ……………………………………………………………………………….…………

Alamat ………………………………………………………………………………………….

                                                                                                 ..……………………………………..

 

                                                                                                       Tandatangan Saksi

 

 

**muat turun borang disini**

Read 188 times Last modified on Friday, 17 March 2017 12:19