Friday, 17 March 2017 14:30

BIDANG TUGAS PEGAWAI TADBIR

Written by
Rate this item
(0 votes)

TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS KETUA CAWANG TADBIR

RINGKASAN TANGGUNGJAWAB

1.         Ketua Cawang Tadbir (KCT) adalah bertanggungjawab kepada Pegawai Memerintah di atas semua aspek yang bersangkutan dengan pentadbiran harian serta menentukan pengurusan organisasinya berjalan dengan lancar dan cekap. KCT juga merupakan penasihat kepada Pegawai Memerintah mengenai semua urusan pentadbiran anggota dan dokumen.

BIDANG TUGAS

2.         KCT bertanggungjawab mengkoordinasikan semua pentadbiran dokumentasi dan pergerakan anggota pangkalan serta menyelaras hal-ehwal tatatertib, latihan, gaji, agama dan kemudahan anggota serta keluarga. Bidang tugas dan tanggungjawab KCT adalah seperti berikut:

a.         Menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan anggota keseluruhannya.

b.        Menentukan polisi, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atasan dilaksanakan dengan betul.

c.         Mengawal dan menguruskan segala keperluan senggaraan pangkalan.

d.         Melaksanakan peraturan berkaitan tatatertib dan istiadat tentera.

e.        Menentukan tempat penginapan dan sajian bagi anggota   pangkalan dan anggota tentera yang datang bertugas di pangkalan ini.

f.          Mengatur, menyusun, meningkatkan dan melaksanakan keperluan latihan kepada anggota pangkalan mengikut arahan dan dasar.

g.         Menentukan langkah-langkah keselamatan diambil untuk menjaga harta benda, nyawa dan maklumat.

h.        Menguruskan segala tindakan urusan gaji dan elaun anggota.

i.          Melaksanakan dasar pelajaran ATM.

j.          Memastikan semua kegiatan agama pangkalan termasuk urusan kematian diuruskan dengan betul.

k.         Menentukan semua urusan perubatan dan kesihatan warga pangkalan diuruskan dengan sewajarnya.

l.          Menetukan pengurusan akaun perkhidmatan (non-public fund) bagi pihak Pegawai Memerintah.

m.       Menentukan Lembaga Audit bersidang mengikut tempoh yang ditetapkan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas teguran yang dibuat oleh pihak  atasan.

n.        Menentukan pengurusan dan pentadbiran semua kakitangan awam pangkalan.

o.         Menentukan segala urusan perundangan ATM dan perkara yang berhubung dengan urusan penyiasatan kes jenayah dan disiplin dilaksanakan.

p.         Menentukan semua urusan kebajikan dan sosial serta segala masalah berkaitan.

q.         Menjadi agensi pelapor di atas kemajuan projek pembangunan infrastruktur di dalam pangkalan.

r.         Lain-lain arahan oleh Pegawai Memerintah dari semasa ke semasa.

TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS PEGAWAI PERKHIDMATAN ANGGOTA

RINGKASAN TANGGUNGJAWAB

1.         Pegawai Perkhidmatan Anggota adalah bertanggungjawab kepada Ketua Cawang Tadbir dari segi mentadbirkan Bilik Rentah dan Pusat Pendaftaran bagi mengendalikan jentera pentadbiran pangkalan dalam bidang perkhidmatan anggota.

BIDANG TUGAS 

2.         Bertanggungjawab di atas penguruan dan pengendalian semua perkara berhubung dengan pentadbiran anggota seperti berikut:

a.         Menyemak, menyusun dan menentukan pengeluaran Perintah Bahagian Dua Pegawai dan Ahli Udara.

b.         Syarat-syarat perkhidmatan anggota dan perlaksanaan perkara-perkara berikut:

(1)       Menyambung perkhidmatan.

(2)       Melanjutkan perkhidmatan.

(3)       Masuk berkhidmat.

(4)       Tukar ketukangan.

(5)       Tukar Kor.

(6)       Pemberhentian.

(7)       Tamat Perkhidmatan.

(8)       Bersara.

(9)       Kenaikan Pangkat.

(10)     Gaji Pangkat Tinggi.

c.         Pertukaran/tumpangan pertukaran dan tumpangan yang dikeluarkan dan pengistiharan Perintah Bahagian Dua yang bersangkutan.

d.         Dokumentasi ketibaan dan penyelesaian.

e.         Mengurus dan mengatur dokumentasi dan pergerakan anggota.

f.          Dokumentasi ketibaan dan penyelesaian.

g.         Mengurus dan mengatur dokumentasi dan pergerakan anggota.

h.        Urusan percutian anggota merangkumi:

(1)       Mematuhi dasar yang berkuatkuasa.

(2)       Semakan dan pengesahan hak atau keistemewaan seseorang untuk mendapatkan perbelanjaan kerajaan.

(3)       Pengeluaran dan kawalan waren perjalanan

(4)       Memastikan semua maklumat cuti direkodkan ke dalam rekod cuti.

i.          Laporan Sulit Pegawai dan Ahli Udara, tempoh dan masa perkara diperlukan atau diedarkan hendaklah mengikut masa yang ditetapkan.

j.          Dokumentasi merangkumi:

(1)       Pengurusan dan mengemaskini semua dokumen perkhidmatan.

(2)       Sistem fail yang kemas.

(3)       Urusan publikasi untuk rujukan.

(4)       Pemusnahan dokumen yang berdarjah kebajikan.

TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS AJUTAN

RINGKASAN TANGGUNGJAWAB

1.         Ajutan Pangkalan/Pegawai Perkhidmatan Anggota adalah bertanggungjawab kepada Komander Pangkalan dan Ketua Cawang Tadbir dari segi mentadbir Pejabat Tatatertib dan membantu Ketua Cawang Tadbir bagi mengendalikan jentera pentadbiran Pangkalan dalam bidang perkhidmatan anggota dan tatatertib Pangkalan.

BIDANG TUGAS

2.         Bertanggungjawab di atas pengurusan dan pengendalian semua perkara berhubung dengan tatatertib dan pentadbiran anggota seperti berikut:

a.        Menyemak, Menyusun dan menentukan pengeluaran perintah-perintah berikut:

(1)       Perintah Bahagian Satu dan Bahagian Dua Pangkalan.

(2)       Perintah Tetap Pangkalan.

(3)       Perintah Sulit Pangkalan.

b.        Urusan tatatertib anggota Pangkalan serta menentukan laporan-laporan dimajukan ke pihak atasan yang merangkumi perkara-perkara berikut:

(1)       Laporan kesalahan

(2)       Laporan kesalahan awam

(3)       Mahkamah Tentera

(4)       Mahkamah Syariah

(5)       Tahanan anggota di luar dan di dalam Pangkalan

(6)       Temuduga rasmi oleh Komander Pangkalan

(7)       Mengurus dan mengendali penyiasatan dan perbicaraan

(8)       Lembaga Penyiasatan

(9)       Ringkasan Keterangan

(10)    Cabutan keterangan

(11)    Perbicaraan Komander Pangkalan

(12)    Lembaga Pelupusan

(13)    Jawatankuasa Penyelaras Kematian

(14)    Lembaga Audit

c.         Pengurusan dan tindakan ke atas anggota THTC

d.         Pemeriksaan Kit

e.         Penyata kekuatan dan permohonan ransum

f.          Peraturan Pakaian Angkatan Tentera

g.         Mengurus lawatan-lawatan rasmi ke Pangkalan

h.        Mengurus dan mengatur mesyuarat, perbarisan dan pemeriksaan di Pangkalan merangkumi:

(1)       Perbarisan Komander Pangkalan.

(2)       Perbarisan Mingguan Komander Pangkalan.

(3)       Mesyuarat Komander Pangkalan.

i.          Pengurusan permohonan BAT C 10/BAT C 10A bagi anggota Pangkalan

j.          Mengawasi keselamatan Pangkalan.

k.         Mengadakan, mengatur dan menentukan penugasan tugas-tugas berikut:

(1)       Komander Bertugas

(2)       Pegawai Bertugas

(3)       Sarjan Bertugas

(4)       Pengawal Bertugas

l.          Pengurusan pencalonan penganugerahan darjah kebesaran, bintang-bintang, pingat-pingat dan sijil kepujian/penghargaan.

m.       Mengurus urusan kematian anggota Pangkalan.

n.        Syarat-syarat perkhidmatan anggota dan perlaksanaan perkara-perkara berikut:

(1)       Menyambung Perkhidmatan

(2)       Melanjutkan Perkhidmatan

(3)       Masuk berkhidmat

(4)       Bertukar Ketukangan

(5)       Bertukar Kor

(6)       Pemberhentian

(7)       Tamat Perkhidmatan

(8)       Bersara

(9)       Kenaikan Pangkat

(10)     Gaji Pangkat Tinggi

TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS PEGAWAI LATIH

RINGKASAN TANGGUNGJAWAB

1.         Pegawai Latih bertanggungjawab kepada Ketua Cawang Tadbir dalam Program Latihan Ketenteraan dan latihan Kepakaran Teknikal di kalangan anggota-anggota.

2.         Mengekalkan taraf kemahiran dan kecekapan semua pegawai berpangkat Kapt ke bawah dan semua peringkat anggota.

BIDANG TUGAS 

3.         Bidang tugas Pegawai Latih adalah seperti berikut:

a.         Menentukan latihan kepakaran lanjutan dan latihan kerjaya di kalangan anggota-anggota LLP.

b.        Perlaksanaan temuduga di kalangan anggota LLP yang akan menghadiri latihan lanjutan dan kenaikan pangkat.

c.     Bertindak sebagai Pegawai Koordinasi latihan bagi setiap latihan medan/ketenteraan dan latihan kerjaya yang dianjurkan oleh Markas dengan menentukan kelengkapan latihan mengajar, jurulatih jemputan, sajian dan penginapan dengan bekerjasama dengan agensi luar.

d.         Menyediakan Khidmat Kaunseling kepada anggota-anggota dalam kemajuan bidang kerjaya atau menangani sebarang masalah yang      dihadapi.

e.         Menyediakan dan menyemak nota, soalan dan salibus latihan dari          semasa ke semasa bagi keberkesanan latihan yang dilaksanakan.

f.         Menentukan Computer Base Training diselenggarakan dengan sempurna di samping mengawal dan menentukan peralatan multimedia untuk mengajar berfungsi sebilang masa.

TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS PEGAWAI FASILITAS

BIDANG TUGAS 

1.         Pegawai Fasilitas bertanggungjawab kepada Ketua Cawang Tadbir seperti berikut:

a.        Tugas Secara Langsung.

(1)       Memberi nasihat teknikal kepada Pegawai Memerintah melalui Ketua Cawang Tadbir mengenai khidmat sajian di pangkalan/unit.

(2)       Menentukan segala arahan-arahan dilaksanakan dengan

betul.

(3)       Menentukan khidmat sajian diberikan dengan sempurna dan betul di pangkalan/unit.

(4)       Membuat pemeriksaan rumah masak dan tempat penginapan ketiga-tiga wisma.

(5)       Menentukan segala kelengkapan sajian dan penginapan diagihkan ke wisma-wisma mengikut skil yang telah ditetapkan.

(6)       Mengawal penggunaan catuan yang diterima oleh ketiga-tiga wisma.

(7)       Menyediakan jadual makanan mingguan berdasarkan kepada jadual pengeluaran yang diedarkan oleh Cawang Materiel.

(8)       Menerima dan mengeluarkan arahan tugas khas seperti makan awal dan lewat serta keperluan penyajian lain.

(9)       Berada di dewan makan untukk mengawasi sistem penyediaan dan penyajian  berjalan dengan teratur.

            b.         Pengurusan Anggota.

(1)       Menentukan perjawatan bagi tiap-tiap mes telah dipenuhi.

(2)       Menentukan anggota-anggota mes menjalankan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan.

(3)       Menentukan anggota berpakaian seragam yang sempurna dan lengkap semasa menjalankan tugas.

(4)       Menentukan kebajikan anggota termasuk kursus dan kenaikan pangkat.

(5)       Menentukan anggota membuat pemeriksaan perubatan.

(6)       Latihan lanjutan dan kompetensi anggota.

(7)       Merancang tugas-tugas anggota mengikut tugas shif dan tugas am.

(8)       Menyemak serta mengemaskini rekod-rekod keanggotaan  serta mengambil tindakan sewjarnya ke atas masalah-masalah berkaitan.

            c.         Pengurusan Katering.

(1)       Bertanggungjawab kepada Pegawai Memerintah di atas khidmat sajian harian yang diberikan kepada pangkalan/unit.

(2)       Memberi khidmat nasihat kepada pangkalan/unit di atas khidmat sajian yang istimewa seperti Buffet Service, Tea Service, Banquet, Cocktail Service dan Barbeque Service.

(3)       Menentukan tiap-tiap mes menerima catuan basah dan kering cukup sepertimana yang telah ditempah.

(4)       Mengurus segala keperluan untuk jamuan dalam pangkalan tersebut samada dianjurkan oleh Mes Pegawai, Mes PTT Kanan atau Mes Ahli Udara.

(5)       Menentukan sajian yang dimasak harian mengikut menu yang ditetapkan.

(6)       Memastikan anggota Penbantu Sajian memasak mengikut prosidur yang betul, bersih dan teratur.

(7)       Menentukan pembekal membekal catuan basah dan kering mengikut jadual pengeluaran serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

(8)       Pengurusan catuan basah dan kering di simpan di tempat dan bekas yang telah di sediakan.

(9)       Pengurusan extra messing dan kiraan stok di  tiap-tiap stor catuan mes.

(10)    Menyemak pegangan peralatan yang telah diperuntukan sebulan sekali dan memeriksa keadaannya serta menentukan peralatan memasak, menghidang dan persiapan adalah mencukupi dan tiada yang rosak.

(11)    Membuat pemeriksaan di tiap-tiap Mes pada setiap hari.

(12)    Bagi Mes Ahli Udara yang diswastakan, menentukan sajian dan melaksanakan tugas mengikut keperluan kontrak, menyemak bil-bil pengurus sajian sebelum memajukan kepada kewangan.

(13)    Mengawal penempatan rangsum untuk ketiga-tiga wisma.

d.        Pengurusan Housekeeping.

(1)       Menetukan kebersihan didalam kawasan Mes, rumah masak serta halaman mes.

(2)       Menentukan permohonan pegawai serta anggota untuk memperolehi bilik diurus dengan sempurna.

(3)       Menentukan kelengkapan bilik mencukupi dan ianya sentiasa dalam keadaan bersih.

(4)       Menentukan tiap-tiap mes dihias dengan sempurna.

(5)       Menentukan kontrak mencuci tandas dan memotong rumput menjalankan tugaasnya di tiap-tiap mes seperti diperlikan didalam kontrak.

(6)       Menentukan tender/kontrak swill diadakan.

(7)       Melaksanakan prosidur pengambilan stok peralatan bilik pada sebilang masa.

(8)       Menentukan semua alas meja dan nepkin dihantar ke dobi.

(9)       Menentukan peralatan dan bahan pencuci mencukupi.

(10)     Membuat pemeriksaan keatas bilik-bilik mes bagi menentukan kebersihan dan tiada sebarang kerosakan seminggu sekali.

(11)      Menyedia penyata-penyata penginapan dan sajian ke pihak IGTU dan MTU Senggara Komplek.

e.        Tugas-tugas Lain.

(1)      Mengiringi Pegawai Pemeriksa semasa Pemeriksa Pakar Sajian dilakukan.

(2)      Menerima dan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya terhadap laporan-laporan yang dikemukakan oleh Pakar Sajian, Pegawai Memerintah atau Ketua Skuadran Tadbir.

(3)      Membantu Penolong Pengurus Sajian pangkalan/unit atau Ketua Jurusajian bagi menyelesaikan segala masalah pengurusan dan pentadbiran sumber-sumber termasuk anggota, rangsum dan peralatan.

(4)      Mengadakan Mesyuarat Fasilitas sebulan sekali atau sekurang-kurangnya 6 kali setahun.

(5)      Memastikan setiap mes menyediakan menu mingguan dan seterusnya meluluskannya.

(6)      Menentukan bahawa semua kawasan memasak dan penyimpanan catuan serta bilik-bilik penginapan bebas dari serangga seperti lipas, anai-anai, semut, tikus dsbnya. Pencegahan hendaklah dibuat 2 bulan sekali dengan cara menyembur semua tempat-tempat pembiaknnya. Bantuan dari pihak Pejabat Senggara Kompleks hendaklah diperolehi.

(7)      Menentukan semua jaring-jaring pensegah lalat dan alat perangkap lalat berada dalam keadaan baik.

(8)       Segala kaerosakan daei struktur, bekalan Letrik, Gas dan Air hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Senggaraan Kompleks untuk tindakan pembaikan.

(9)       Penerimaan, penyimpanan dan keselamatan tabung-tabung gas.

(10)     Menghubungi serta membuat pelarasan dengan Pegawai Waren Pangkalan/unit bagi mentadbir dan mengurus blok-blok dan bilik-bilik transit dari segi

  1. Kebersihan dalam dan luar banguanan.
  2. Melengkapkan peralatan-peralatan yang diperlukan bagi setiap bilik mengikut peruntukan/kelayakan.
  3. Memastikan rangsum bagi anggota transit diperolehi.
  4. Menentukan setiap anggota transit mendapat layanan serta bantuan sewajarnya.

TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS PEGAWAI SENGGARA KOMPLEKS

BIDANG TUGAS 

1.         Pegawai Senggara Kompleks bertanggungjawab menyelenggara pangkalan dalam keadaan optimum bagi perkara-perkara berikut:

a.        Bertanggungjawab terhadap semua senggaraan dalam keadaan memuaskan.

b.        Mengawasi operator telefon bertugas mengikut program yang ditetapkan.

c.         Menentukan pengurusan keperluan telefon kepada pengguna.

d.        Menentukan Kontrak Perkhidmatan dilakukan mengikut jadual.

e.        Memastikan pangkalan berada dalam keadaan bersih dan memuaskan.

f.         Menentukan permohonan keluar masuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera mengikut  prosedur yang ditetapkan (bagi Unit yang tiada Pegawai Perumahan).

g.        Mengawal permohonan kantin, kedai keluarga, kedai alat tulis  dan kedai gunting rambut.

h.        Memastikan laporan-laporan yang perlu dihantar ke pihak atasan dimajukan sebelum tarikh yang ditetapkan.

i.          Menentukan segala jenis kerosakan yang melibatkan Senggara Kompleks telah dibuat laporan dan pembaikan segera telah dilakukan.

j.          Menerima dan melaksanakan lain-lain arahan dari semasa ke semasa.

TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS PEGAWAI PERUMAHAN

BIDANG TUGAS 

1.         Pegawai Perumahan bertanggungjawab kepada Ketua Cawang Tadbir di dalam pengurusan RKAT pangkalan seperti berikut:

a.        Menyelaras permohonan keluar dan masuk Rumah Keluarga bagi anggota pangkalan mengikut syarat-syarat  yang telah ditetapkan.

b.        Menerima laporan kerosakan/pembaikan Rumah Keluarga dan mengambil tindakkan sewajarnya.

c.         Menyimpan dan mengemaskinikan butiran sistem mata (Point System) permohonan menduduki Rumah Keluarga.

d.        Menyedia dan memajukan penyata pengisian Rumah Keluarga ke MTU-BINA setiap bulan.

e.        Menyelaras pembayaran bil-bil penggunaan elektrik,air dan  pembentungan

f.         Memeriksa keseluruhan keadaan Rumah Keluarga Pangkalan seperti pendawaian elektrik dari semasa ke semasa.

g.        Memantau dan mengesahkan kerja-kerja pembaikan,pengubahsuaian yang dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik.

TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS KETUA SKUADRON PROVOS

RINGKASAN TANGGUNGJAWAB:            

1.         Ketua Skuadron Provos dipertanggungjawabkan terhadap kawalan keselamatan dalam Pangkalan dari sebarang ancaman dan melaksanakan tugas keselamatan fizikal, penguatkuasaan undang-undang, pencegahan jenayah dan memberi khidmat masyarakat.

 

BIDANG TUGAS:

2.         Ketua Skuadron Provos bertanggungjawab kepada Ketua Cawang Tadbir di dalam pengurusan keselamatan pangkalan seperti berikut:

            a.        Menentukan perlaksanaan tugas Provos di Pangkalan.

            b.          Menentukan perlindungan dan keselamatan Pangkalan termasuk harta-harta perkhidmatan yang di dalam kawasan Pangkalan, alat kelengkapan dan anggota termasuk keluarga dari :

           

                        (1)       Orang perseorangan atau gerombolan kecil musuh yang telah atau akan menceroboh masuk ke dalam kawasan Pangkalan dan mengancam harta benda:

(a)      Sabotaj

(b)      Pencerobohan

(c)       Kecurian

(d)      Pengintipan

(e)      Pelampau-pelampau awam yang telah atau mencerobooh masuk ke dalam Pangkalan masa kekacauan awam.

            c.          Menentukan keselamatan landasan kapal terbang di Pangkalan.

            d.          Pengurusan di dalam membantu Pegawai Memerintah dalam penyiasatan kecil jenayah dalam Pangkalan yang melibatkan anggota tentera dan awam.

            e.          Menentukan langkah-langkah mengesan, mencegah dan menahan pelawat-pelawat tanpa kebenaran sah dari memasuki Pangkalan atau kawasan larangan diambil tindakan.

            f.           Menentukan langkah-langkah pemeriksaan dan mengenal pasti pergerakan keluar masuk kenderaan tentera dan awam termasuk anggota dan barangan yang dibawa adalah mendapat kebenaran yang sah.

            g.          Menentukan perlaksanaan tugas-tugas kawalan trafik lalulintas dalam kawasan Pangkalan.

            h.          Menentukan pentadbiran orang-orang tahanan dan pesalah yang diperuntukkan dalam peraturan dan undang-undang berkaitan.

            i.           Menentukan pengurusan dan pentadbiran Balai Pengawal sebagai sumber maklumat keselamatan fizikal dan kaunter perkhidmatan.

j.          Menentukan perlaksanaan tugas-tugas pengiring keselamatan kepada VVIP, pesalah, anggota tahanan tentera dan lain-lain tugas pengiring keselamatan yang bersesuaian.

Read 486 times
More in this category: SENARAI SEMAK KEMALANGAN PESAWAT »