Friday, 17 March 2017 14:51

SENARAI SEMAK KEMALANGAN PESAWAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

SUMBER MAKLUMAT (ORANG AWAM / DUTY BILIK OPERASI)

1.         Buat semakan dengan Bilik Operasi.

2.         Sekiranya maklumat belum diperolehi, arahkan duty personel untuk buat semakan dengan Menara Kawalan.

3.         Sekiranya Menara Kawalan belum dapat maklumat, maklumkan berkenaan (kemungkinan) pesawat terhempas (tempat/ masa/ sumber maklumat).

MAKLUM KEPADA PANGLIMA / PIHAK ATASAN / PASUKAN SAHABAT

4.         Makluman awal perlu diberikan bagi mengelakkan Pemerintah mendapat maklumat lewat/ mendapat maklumat dari sumber lain.

5.         Keperluan menghubungi Pasukan Sahabat kerana Pesawat yang terhempas mendokong Operasi.

6.         Makluman penting untuk persediaan Pasukan Sahabat membantu dari sudut keperluan Anggota, Kenderaan, Khidmat Nasihat dan Lain-lain.

 

BERGERAK KE LOKASI PESAWAT TERHEMPAS

7.         Atur gerak seberapa ramai anggota yang berkenaan untuk memberi bantuan awal.

8.         Bawa bersama peralatan bantuan (cutter/ tali dan sebagainya).

HUBUNGI 999

9.         PDRM

10.      BOMBA

11.      HOSPITAL

TEMPAT KEJADIAN

12.      Mengarahkan anggota yang terlibat untuk bantuan mengawal keadaan sekeliling agar ianya selamat dan terkawal.

13.      Membantu mangsa keluar dari pesawat.

14.      Memberi rawatan awal.

15.      Menghantar anggota yang cedera.

ON SCENE COMMANDER

16.      Secara automatik bertindak sebagai Komander tempat kejadian sehingga Presidan BOI tiba.

17.      Memastikan tempat kejadian dikawal sepenuhnya.

18.      Melantik mana-mana anggota yang bersesuaian sebagai ketua kawalan dan mengarahkan beliau untuk membuat pembahagian tugas.

19.      Mengambil gambar dan memberikan maklumat terkini keadaan pesawat, tempat kejadian dan anggota kepada Panglima dan pihak atasan.

20.      Memastikan tiada pihak yang tidak berkepentingan mengambil gambar-gambar atau merakam video.

21.      Memastikan tiada pihak yang tidak berkepentingan tersebut memasuki kawasan tempat kejadian.

22.      Tidak memberikan sebarang maklumat berkenaan kejadian kepada mana-mana pihak yang tidak berkepentingan.

SAJIAN

23.      Menentukan sajian untuk anggota-anggota yang terlibat dengan tugas.

 

HOSPITAL

24.      Melantik mana-mana anggota sebagai pembantu dan pemerhati keadaan anggota yang cedera di hospital.

25.      Mengarahkan anggota tersebut untuk mengikuti penuh keadaan anggota-anggota yang cedera dan membuat laporan terkini dari masa ke semasa.

BILIK OPERASI

26.      Mengarahkan anggota bertugas untuk mengeluarkan senarai lengkap pesawat terlibat, anggota dan jadual penerbangan pesawat tersebut.

27.      Mengarahkan anggota bertugas untuk menyediakan laporan tersebut sebagai persediaan untuk dipanjangkan kepada Panglima dan pihak atasan.

KETIBAAN PTU DAN ROMBONGAN / PIHAK ATASAN

28.      Menentukan keperluan kenderaan (membuat pinjaman kenderaan daripada pasukan sahabat jika perlu).

29.      Sajian.

30.      Tempat bermalam/ rehat / tempahan hotel (mengikut keperluan).

31.      Membawa rombongan melawat tempat kejadian dan mangsa di hospital.

32.      Menentukan tempat untuk PTU membuat press release bersama nasihat daripada bahagian PR TUDM.

33.      Menentukan tempat untuk PTU berjumpa dengan semua mangsa.

KREW SALVAGE

34.      Menentukan penginapan dan sajian krew.

35.      Memberi bantuan kenderaan.

36.      Sentiasa berhubung dengan ketua krew untuk perkembangan semasa.

PROVOS

37.      Menentukan sajian dan penginapan bagi anggota bantuan PROVOS.

38.      Memberi bantuan kenderaan.

39.      Sentiasa berhubung dengan ketua kawalan sebagai perkembangan semasa.

BOI

40.      Menentukan sajian dan penginapan untuk pegawai2 BOI.

41.      Memberi bantuan kenderaan.

42.      Menyediakan bilik untuk tim BOI bersidang.

43.      Sentiasa berhubung dengan Presiden BOI untuk bantuan selanjutnya.

BERKAITAN DENGAN PIHAK LAIN

44.      Memberi bantuan kepada pihak lain yang terlibat untuk membersihkan kawasan kejadian jika perlu.

45.      Menganjurkan majlis penyampaian bantuan dan saguhati oleh  Panglima kepada pihak lain yang berkenaan.

46.      Sentiasa berhubung dengan pihak lain yang berkenaan bagi bantuan lain sekiranya ada.

47.      Menjadi pengantara sebagai rujukan pihak lain yang berkenaan sekiranya terdapat pemakluman atau masalah lain dengan pihak TUDM.

 

Read 276 times
More in this category: « BIDANG TUGAS PEGAWAI TADBIR