Sunday, 18 September 2016 03:35

PENANGKAPAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHECKLIST PENANGKAPAN

 

Rujuk:

 

A.        Perlembagaan Persekutuan.

B.        Kanun Acara Jenayah.

C.        Akta Angkatan Tentera 1972.

D.        Kaedah-Kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera) 1976.

E.        PU 5211 Bahagian 4 Risalah No 10.

 

1.         Kuasa dan keadaan yang membolehkan tangkapan dibuat (Sek 93 AAT 1972):

 

 

            a.         Pegawai pangkat atasan boleh ditangkap apabila melibatkan dahagi, pergaduhan atau kekacauan.

 

 

            b.         LLP yang menjalankan tugas mengawal Seksyen.

 

 

            c.         Pegawai atau LLP yang menjalankan kuasa sebgai Pegawai Polis Tentera.

 

 

            d.         Anggota didapati melakukan kesalahan yang bertentangan AAT 1972.

 

 

            e.         Laporan pertuduhan telah dibuat kepada pesalah

 

 

            f.          Disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan berpandukan hasil siasatan.

 

 

            g.         Disyaki munasabah melakukan kesalahan tinggal tugas dan     THTC.

 

 

 

 

 

2.         Tatacara dan panduan membuat penangkapan:

 

 

a.         Memastikan pengunaan kekerasan hanya boleh digunakan sekiranya benar-benar perlu.

 

 

b.         Memberitahu orang yang ditangkap sama ada dia diletakkan dalam tangkapan rapi atau terbuka.

 

 

c.         Memberitahu orang yang ditangkap sebab-sebab tangkapan dibuat terhadapnya.

 

 

d.         Menyerahkan   orang  yang  ditangkap  ke   tempat tahanan   dengan secepat mungkin.

 

 

e.         Memastikan BAT D 200 dalam masa 24 jam dari masa tangkapan dibuat. 

 

 

f.          Kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

 

 

g.         Pesalah dengan sengaja cuba merosakkan disiplin melalui perbuatan perbuatan salah laku.

 

 

h.        Pesalah mungkin memudaratkan/membahayakan dirinya atau orang lain.

 

 

i.          Pesalah mungkin menghasut saksi-saksi.

 

 

j.          Pesalah telah ditangkap (bukan telah menyerah diri) kerana THTC atau sering THTC.

 

 

k.         setelah diambil kira jenis atau kerapnya berlaku kesalahan yang atasnya dia dipertuduhkan

 

 

l.          Sidituduh disyaki bahawa tidak akan menghadiri penyiasatan kes itu atau perbicaraan.

 

 

 

3.         Pengunaan senjata api:

 

 

a.         Memastikan jenis kesalahan yang berat.

 

 

b.         Memastikan orang yang hendak ditangkap itu terlebih dahulu berkelakuan begitu keras.

 

 

c.         Memastikan ia merupakan satu-satunya jalan yang menghasilkan tangkapan dilaksanakan.

 

 

d.         Memastikan amaran diberi kepada orang yang sedang ditangkap bahawa senjata api mungkin digunakan.

 

 

e.         Memastikan bahawa orang yang sedang ditangkap itu faham amaran itu dan masih enggan menyerah untuk ditangkap.

 

 

f.          Menentukan satu tembakan (tembakan amaran) menegak ke udara. Tidak menyerah, lepaskan tembakan ke arah lutut orang yang sedang ditangkap itu tetapi hanya untuk          mencederakannya.

 

 

4.         Pengunaan gari:

 

 

   a.         Kelulusan dalam bentuk Perintah Bertulis dari Pegawai  Memerintah atau Pegawai Provos.  

 

 

   b.         Memastikan penggunaan gari tersebut samada dipasang dihadapan atau dibelakang badan.

 

 

  c.         Memastikan apabila gari dipasang di belakang badan ia hendaklah dipindahkan ke hadapan semasa makan dan tidur.

 

 

 

 

 

5.         Jenis-jenis tangkapan:

 

 

a.         Tangkapan Terbuka:

 

 

(1)       Hanya kesalahan yang berat tetapi keadaan kesalahannya itu tidaklah mengkehendaki penahanan

 

 

(2)       Memastikan orang yang ditangkap masih menikmati kebebasan pergerakan walaupun terhad.

 

 

            b.         Tangkapan Rapi

 

 

(1)       kesalahan yang berat dan penahanan adalah perlu dilakukan

 

 

(2)       Memastikan pergerakan orang yang ditangkap dihadkan secara keseluruhannya.

 

 

(3)       Memastikan diletakkan di bawah pengawasan rapi pada setiap masa dan hendaklah juga diasingkan daripada anggota tahanan.

 

 

6.         Tempat dan jangka masa ditahan dalam tangkapan.

 

 

            a.         Tempat Tahanan:

 

 

                        (1)       Pegawai:

 

 

                                    (a)       Penjara Awam.

 

 

                                   (b)       PTAT.

 

 

                                   (c)       Wisma Perwira.  

 

 

                                   (d)      Bilik Tahanan Unit.

 

 

                        (2)       LLP:

 

 

                                    (a)       Penjara Awam.

 

 

                                   (b)       PTAT.

 

 

                                   (c)       Bilik Tahanan Unit.

 

 

 

            b.         Tempoh Tangkapan:

 

 

(1)       Memastikan Kaedah 15 (3) (MT) unit orang yang ditangkap.  

 

 

(2)       Memastikan format laporan kelengahan mengikut Jadual Pertama kepada KKAAT (Mahkamah Tentera).

 

 

(3)       Melebihi 72 hari hendaklah dibuat kepada MTU- Jabatanarah Perundangan melalui Pihak Berkuasa Sidang.

 

 

 

CARTA ALIR PENANGKAPAN

Read 184 times