Thursday, 08 September 2016 12:10

PROSES PERMOHONAN PROJEK BARU

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROSES PERMOHONAN PROJEK BARU

 

KEPERLUAN AWAL

1.    Pengguna (Skn/Caw) mengemukakan keperluan (need of statement) bersama lakaran kasar.

2.    PSK mendapatkan lukisan terperinci dan anggaran kos dari JKR.

3.    PSK membuat perancangan perolehan berdasarkan anggaran kos dan perbincangan dengan pihak JKR. (senggaraan kecil, kontrak bermasa, sebutharga atau tender).

4.    PSK mendapatkan skopkerja terperinci / BQ dari JKR.

5.    Pengguna (Skn/Caw) mengesahkan skopkerja / BQ.

 

MEMOHON PERUNTUKAN

6.    PSK memajukan skopkerja bersama permohonan peruntukan kepada MTU Infrabina.

7.    PSK menyediakan taklimat kuarter dan dimajukan ke MTU Infrabina.

 

PROSES PEROLEHAN(SETELAH PERUNTUKAN DIPEROLEHI)

8.    Memajukan surat permohonan untuk melaksanakan kerja kepada jkr beserta skopkerja/ BQ.

9.    Tunggu perlantikan kontraktor oleh pihak JKR.

 

PERLAKSANAAN KERJA

10. PSK memberikan taklimat prosedur kerja dalam pangkalan ketika mesyuarat perlantikan kontraktor.

11. PSK bersama JKR memantau kerja kontraktor di tapak bina.

12. PSK menghadiri mesyuarat pemantauan projek setiap bulan dan melaporkan status pembinaan kepada Komander Pangkalan.

 

PERKHIDMATAN UTILITI

13. PSK membuat permohonan utility untuk bangunan baru. Bekalan air, elektrik, telefon, internet dan siaran TV (yang mana berkenaan) dengan pihak berkuasa tempatan/agensi terlibat.

 

AMBIL ALIH

14. PSK menguruskan untuk pengguna ambil alih projek dari JKR.

 

TEMPOH KECACATAN

15. PSK memantau kecacatan bangunan ketika tempoh tanggungan kecacatan.

16. Sekiranya ada kerosakan/kecacatan, PSK membuat laporan segera kepada JKR dan menggesa pembaikan dilaksanakan segera oleh kontraktor sebelum tamat tempoh tanggungan kecacatan.

 

DAFTAR BANGUNAN BARU

17.PSK mengemukakan pendaftaran aset/bangunan baru ke MTU Infrabina.

Read 3088 times