Thursday, 08 September 2016 12:49

SYARAT-SYARAT TENDER KANTIN PANGKALAN/UNIT

Written by
Rate this item
(0 votes)

KEMBARAN B KEPADA RISALAH NO. 1

 

SYARAT-SYARAT TENDER KANTIN PANGKALAN/UNIT

 

PENERIMAAN TENDER

1.         Tender ini ditutup pada ………jam………Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan tidak kira apa juga tender ini dihantar. Kerajaan Malaysia tidak terikat menerima tender yang paling tinggi atau mana-mana tender.

2.         Permohonan perkhidmatan kantin (Lampiran 1) dan tawaran harga (Lampiran 2) dikehendaki dikemukakan dalam dua (2) salinan dan ianya mestilah dipos atau dihantar sendiri di dalam sampul surat yang berlarki dan bertanda ‘TENDER KANTIN PANGKALAN’

 

REBAT

3.         Penender-penender dikehendaki menawarkan bayaran rebat bulanan dalam borang tender berasaskan kepada satu kepala seperti berikut :

 

            Jumlah Kepala (Kekuatan                        X         Jumlah Hari Bekerja

            Pegangan LLP Pangkalan/Unit)                         Sebulan

 

            Jumlah Hari Dalam Satu Bulan

 

            =Purata Jumlah X Bayaran Rebat.

 

            =Jumlah bayaran bulanan.

 

4.         Kerajaan Malaysia tidak terikat menerima tender yang menawarkan rebat yang paling tinggi atau sebaliknya.

 

CAGARAN TENDER 

5.         Wang Cagaran Tender .Wang cagaran tender berjumlah RM100.00 (Ringgit Ratus) berupa Wang Pos atau Bank Deraf mestilah disertakan bersama tawaran tender. Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama ‘Akaun Kanan Perbendaharaan lain-lain bentuk wang cagaran tidak akan diterima.Tender yang tidak disertakan dengan wang cagaran tidak akan dipertimbangkan.

6.         Perampas Wang Cagaran Tender. Wang Cagaran tender akan dirampas sekiranya perkara-perkara berikut :

a.         Penender menarik kembali tawarannya sebelum keputusan dibuat.

b.        Penender yang berjaya gagal memberi persetujuan untuk mengikat kontrak setelah diberitahu.

c.         Penender yang menggunakan kedudukan orang  lain dengan tujuan mempengaruhi secara tipu daya dan menghalang pihak kerajaan membuat keputusan dalam memberikan kelulusan untuk mengadakan kontrak.

7.         Pemulangan Wang Cagaran. Wang Cagaran tender akan dikembalikan kepada penender-penender yang berjaya setelah keputusan diperolehi dan urusan ikatan kontrak dengan penender yang berjaya diuruskan. Bagi penender yang berjaya,wang cagaran kontrak diterima.

 

ANGGARAN KEKUATAN ANGGOTA

8.         Anggaran kekuatan pegangan anggota LLP Pangkalan/Unit ialah….. Penender hendaklah mengambil ingatan bahawa kekuatan(bilangan anggota) yang ditunjukkan ini merupakan satu anggaran sahaja dan ianya mungkin kurang atau lebih dari masa ke semasa.

 

KONTRAK

9.         Penender yang berjaya akan dikehendaki mengikat kontrak dengan Kerajaan bagi tempoh (3) tahun mulai ………..

10.      Perkhidmatan kantin yang dikehendaki ialah satu kantin tetap untuk menjual air minuman,makanan,alat tulis dan lain-lain keperluan am untuk anggota-anggota di Pangkalan/Unit ini. Harga barangan adalah seperti yang dinyatakan di dalam kontrak sebagaimana yang ditawarkan.

11.      Bayaran Cagaran. Kontraktor dikehendaki menyediakan wang cagaran apabila menandatangani kontrak.Wang cagaran ini dikenakan berasakan kepada anggaran keanggotaan Pangkalan/Unit seperti berikut:

            a.         Lebih daripada  500 anggota –RM3,000.00

           

            b.         Kurang daripada 500 anggota – RM2,000.00

 

BAYARAN PENGGUNAAN ELEKTRIK,AIR DAN PEMBERSIHAN TONG SAMPAH

12.      Penender yang berjaya juga dikehendaki membayar elektrik,air dan pembersihan tong sampah.

            Nama                         :………………..

            Pangkat                    :………………..

            Pangkalan/Unit       :………………..

            Tarikh                        :………………..

 

            Cop Pangkalan/Unit:

Read 171 times