SENGGARA KOMPLEK & PERUMAHAN

SENGGARA KOMPLEK & PERUMAHAN (9)

Thursday, 08 September 2016 12:49

SYARAT-SYARAT TENDER KANTIN PANGKALAN/UNIT

Written by

KEMBARAN B KEPADA RISALAH NO. 1

 

SYARAT-SYARAT TENDER KANTIN PANGKALAN/UNIT

 

PENERIMAAN TENDER

1.         Tender ini ditutup pada ………jam………Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan tidak kira apa juga tender ini dihantar. Kerajaan Malaysia tidak terikat menerima tender yang paling tinggi atau mana-mana tender.

2.         Permohonan perkhidmatan kantin (Lampiran 1) dan tawaran harga (Lampiran 2) dikehendaki dikemukakan dalam dua (2) salinan dan ianya mestilah dipos atau dihantar sendiri di dalam sampul surat yang berlarki dan bertanda ‘TENDER KANTIN PANGKALAN’

 

REBAT

3.         Penender-penender dikehendaki menawarkan bayaran rebat bulanan dalam borang tender berasaskan kepada satu kepala seperti berikut :

 

            Jumlah Kepala (Kekuatan                        X         Jumlah Hari Bekerja

            Pegangan LLP Pangkalan/Unit)                         Sebulan

 

            Jumlah Hari Dalam Satu Bulan

 

            =Purata Jumlah X Bayaran Rebat.

 

            =Jumlah bayaran bulanan.

 

4.         Kerajaan Malaysia tidak terikat menerima tender yang menawarkan rebat yang paling tinggi atau sebaliknya.

 

CAGARAN TENDER 

5.         Wang Cagaran Tender .Wang cagaran tender berjumlah RM100.00 (Ringgit Ratus) berupa Wang Pos atau Bank Deraf mestilah disertakan bersama tawaran tender. Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama ‘Akaun Kanan Perbendaharaan lain-lain bentuk wang cagaran tidak akan diterima.Tender yang tidak disertakan dengan wang cagaran tidak akan dipertimbangkan.

6.         Perampas Wang Cagaran Tender. Wang Cagaran tender akan dirampas sekiranya perkara-perkara berikut :

a.         Penender menarik kembali tawarannya sebelum keputusan dibuat.

b.        Penender yang berjaya gagal memberi persetujuan untuk mengikat kontrak setelah diberitahu.

c.         Penender yang menggunakan kedudukan orang  lain dengan tujuan mempengaruhi secara tipu daya dan menghalang pihak kerajaan membuat keputusan dalam memberikan kelulusan untuk mengadakan kontrak.

7.         Pemulangan Wang Cagaran. Wang Cagaran tender akan dikembalikan kepada penender-penender yang berjaya setelah keputusan diperolehi dan urusan ikatan kontrak dengan penender yang berjaya diuruskan. Bagi penender yang berjaya,wang cagaran kontrak diterima.

 

ANGGARAN KEKUATAN ANGGOTA

8.         Anggaran kekuatan pegangan anggota LLP Pangkalan/Unit ialah….. Penender hendaklah mengambil ingatan bahawa kekuatan(bilangan anggota) yang ditunjukkan ini merupakan satu anggaran sahaja dan ianya mungkin kurang atau lebih dari masa ke semasa.

 

KONTRAK

9.         Penender yang berjaya akan dikehendaki mengikat kontrak dengan Kerajaan bagi tempoh (3) tahun mulai ………..

10.      Perkhidmatan kantin yang dikehendaki ialah satu kantin tetap untuk menjual air minuman,makanan,alat tulis dan lain-lain keperluan am untuk anggota-anggota di Pangkalan/Unit ini. Harga barangan adalah seperti yang dinyatakan di dalam kontrak sebagaimana yang ditawarkan.

11.      Bayaran Cagaran. Kontraktor dikehendaki menyediakan wang cagaran apabila menandatangani kontrak.Wang cagaran ini dikenakan berasakan kepada anggaran keanggotaan Pangkalan/Unit seperti berikut:

            a.         Lebih daripada  500 anggota –RM3,000.00

           

            b.         Kurang daripada 500 anggota – RM2,000.00

 

BAYARAN PENGGUNAAN ELEKTRIK,AIR DAN PEMBERSIHAN TONG SAMPAH

12.      Penender yang berjaya juga dikehendaki membayar elektrik,air dan pembersihan tong sampah.

            Nama                         :………………..

            Pangkat                    :………………..

            Pangkalan/Unit       :………………..

            Tarikh                        :………………..

 

            Cop Pangkalan/Unit:

Thursday, 08 September 2016 12:11

KANTIN DAN KEDAI KELUARGA

Written by

RUJUK: MU 204-5005-000-00-00 - BAHAGIAN 6 RISALAH NO. 1

 

1. Di dalam ATM dan TUDM terdapat beberapa jenis kantin dan kedai yang boleh dikelaskan:

a.         Kantin Pangkalan/Unit – Sebuah kantin di dalam pangkalan/unit atau dikenali sebagai kantin LLP yang membayar rebate kepada Tabung Kebajikan Unit. Hanya sebuah kantin pangkalan/unit boleh diwujudkan di dalam sebuah pangkalan atau unit itu.Pemilihan kontraktror kantin adalah melalui iklan tender di akhbar.

b.         Kedai Keluarga – Bangunan atau ruang bangunan yang disewakan kepada peniaga-peniaga melalui proses pelawaan sebutharga untuk menjalankan perniagaan seperti kantin awam (selain dari kantin pangkalan/unit),kedai runcit,kedai gunting rambut, kedai kasut dan alat tulis.

c.         kedai dobi dan jahitan – Bangunan atau ruang bangunan yang disewakan kepada kontraktor perkhidmatan dobi & jahitan melalui kontrak yang diuruskan oleh Bahagian Bekalan.

d.         Lain-lain sewaan - Bangunan atau ruang bangunan yang disewakan kepada pihak awam seperti Bank simpanan Nasional, ruang mesin ATM dan PERNAMA.

 

2. TENDER IKLAN . Pangkalan/Unit yang berkehendakan perkhidamatan kantin hendaklah mengambil tindakan seperti berikut;

a.        Mengalihkan tawaran tender dalam akhbar-akhbar tempatan sekurang-kurangnya satu(1) hari .

b.        Iklan tersebut hendaklah disiarkan seperti berikut:

(1) Enam (6) bulan terlebih dahulu bagi perkhidmatan kantin baru.

(2) Empat (4) bulan sebelum tamatnya tempoh kontrak semasa.

c.         Tawaran tender hendaklah ditutup pada jam 1200 tengahari pada hari yang ke dua puluh satu (21) daripada tarikh iklan disiarkan.

d.        Tempoh tender hendaklah tidak kurang dari dua puluh satu (21) hari.

 

3. Syarat-syarat tender. Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Memerintah/Pemerintahan untuk mengedarkan borang-borang tender seperti di Kembaran B dan lampiran –lampiran berkaitan kepada bakal-bakal penender dan tarikh tutup tender hendaklah dinyatakan . Borang tender ini di dalam 2 salinan setiap satu dijual kepada pretender-petender dengan harga RM20.00.(Kutipan hasil jualan ini dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan Unit) . Bakal-bakal penender hendaklah  dimaklumkan mengenai syarat-syarat dan peraturan yang dikenakan seperti berikut:

a.         Anggaran Kekuatan Pegangan LLP Pangkalan/Unit. Maklumat mengenai anggaran kekuatan LLP Pangkalan/Unit hendaklah dicatatkan dalam borang tender. Ini adalah untuk penender membuat asas perkiraan tawan rebat. Penender hendaklah diberitahu bahawa anggaran kekuatan akan berkurangan sekiranya terdapat anggota yang diberi tugas luar Pangkalan/Unit seperti operasi dan lain-lain lagi.

b.         Tender Yang Berjaya. Penender yang Berjaya dikehendaki mengikat kontrak seperti yang ditawarkan dalam tempoh (30) hari selepas diberitahu dan sekiranya gagal, mengakibatkan keputusan ditarik balik dan deberi kepada penender yang lain.

 

4. Lembaga Penjadualan Pangkalan/Unit. Pegawai memerintah/Pemerintah hendaklah menubuhkan lembaga-lembaga berikut untuk menerima,menjadual dan menimbangkan tender-tender yang diterima:

a.         Lembaga Penjadual Pangkalan/Unit.

b.         Lembaga Tender Pangkalan/Unit.

 

Kedua-kedua lembaga yang dibentuk hendaklah dihebahkan melalui Perintah Bersidang atau PERBAH SATU Pangkalan/Unit.

 

5. Lembaga Penjadual Pangkalan/Unit. Lembaga ini hendaklah terdiri daripada seorang Pegawai bertauliah dan seorang lagi mewakili anggota LLP dan hendaklah bersidang pada hari Tawaran Tender ditutup. Tanggungjawab lembaga ini ialah:

a.        Membuka semua tender yang diterima.

b.         Mendaftarkan semua tender yang mengambil bahagian ke dalam borang Jadual Tender seperti diKembaran C dalam 2 salinan mengikut susunan kemurahan. Bagi menentukan susunan in,tawaran hendaklah berdasarkan kepada jenis makanan dan minuman dalam menu utama sahaja.Penender dibenarkan memberi sebutharga lain-lain jenis makanan dan minuman dan juga peralatan kegunaan harian tetapi harga ditawarkan tidak boleh dijadikan sebagai asas bagi tujuan untuk mengetahui susunan kemurahan.

c.         Setelah borang Jadual Tender dikemaskinikan,kedua-dua borang ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan dikemukakan kepada Lembaga Tender Pangkalan/Unit untuk dipertimbangkan.

 

6. Lembaga Tender  Pangkalan/Unit.. Lembaga ini terdiri daripada tiga orang Pegawai Bertauliah yang mana Pengerusinya hendaklah sekurang-kurangnya berpangkat Kapten atau setaraf. Lembaga hendaklah memberi pertimbangkan seadil-adilnya kepada semua tender yang disenaraikan dalam Borang Jadual Tender dan menitikberatkan beberapa aspek dari segi berikut:

a.         Kemampuan penender dari segi modal permulaan dan pusingan.

b.        Keupayaan penender untuk menjelaskan rebat bulanan walaupon lazimnya, tawaran rebat tertinggi adalah asas penerimaan tender.

c.         Keupayaan penender untuk membayar kegunaan air,elektrikdan pembersihan tong sampah.

d.        Pengalaman penender untuk memberi perkhidmatan yang memuaskan.

e.        Keutamaan diberi bekas anggota tentera.

f.         Keutamaan juga hendaklah diberi kepada penender tempatan dan bumiputera.

g.        Sokongan pemilihan tidak menimbulkan keadaan yang serba salah dimana akan membebankan kontrakter untuk membuat bayaran rebat dan apa-apa bayaran yang dikenakan.

 

7. Sokongan Pegawai Memerintah/Pemerintah. Pegawai memerintah / Pemerintah hendaklah mengkaji syor dan ulasan Lembaga Tender dalam borong di Kembaran D dan menggunakan budubicara beliau untuk memberi sokongan. Jika didapati tiada keadilan dalam memberi sokongan berlaku,Pegawai Memerintah/Pemerintah boleh menolak syor yang dibuat dan meminta Lembaga Tender menimbangkan semula berlandaskan dengan alasan-alasan yang diberikan.

 

8. Setelah sokongan dibuat oleh Pegawai Memerintah,semua  dokumen tender berikutan hendaklah dikemukakandalam 2 salinan kepada MTU – Senggara kompleks. Pihak MTU akan membuat semakan dan membuat sokongan seterusnya kepada bahagian bekalan,kementerian pertahanan untuk tindakan selanjutnya:

a.         Keratan akhbar termasuk tarikh disiarkan berkaitan dengan tawaran tender tersebut (Asal Dan Satu Salinan Potostat).

b.        Lampiran 1 dan 2 kepada Kembaran B yang dikemukakan oleh penender-penender.

c.         Kembaran C yang mengandungi senarai penender yang telah didaftarkan oleh lembaga penjual Pangkalan/Unit.

d.        Kembaran D yang mengandungi syor dan ulasan Lembaga Tender Pangkalan/Unit dan sokongan pegawai memerintah/Pemerintah.

e.        Perintah bersidang atau PERBAH I Pangkalan/Unit tentang pembentukan Lembaga Penjadual dan Lembaga Tender.

 

Wang-wang cagaran tender bagi setiap penender hendaklah dikemukakan oleh Pangkalan/Unit kepada cawangan akaun, Kementerian Pertahanan.

 

9. Kebersihan/Kesihatan     Kebersihan memainkan peranan utama dalam segi penyediaan makanan. Kontraktor yang Berjaya dan pekerja-pekerja kantin hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Perkhidmatan Perubatan Pangkalan/Unit sebelom perkhidmatan kantin dimulakan.Pegawai Perubatan Pangkalan/Unithendaklah membuat lawatan ke kantin-kantin sekurang-kurangnya 3 (tiga) bulan sekali untuk menentukan peraturan kebersihan dipatuhi.

 

10. Tapisan Keselamatan  Pangkalan/Unit hendaklah menentukan tapisan keselamataan kontraktor dan pekerja-pekerja kantin dibuat dengan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) atau wakilnya. Pangkalan/Unit hendaklah mengambil perhatian mengenai kewarganegaraan kontraktor dan pekerja-pekerja kantin. Senarai nama pekerja-pekerja kantin hendaklah disimpan oleh Pangkalan/Unit.

 

11. Keutamaan Bekas Anggota Tentera. Pangkalan/Unit hendaklah menentukan bahawa setakat mana yang boleh , Keutamaan hendaklah diberi kepada bekas-bekas anggota tentera, apabila menyokong pemberian kontrak kantin. Perkara ini hendaklah ditegaskan dalam iklan tawaran tender.

 

12. Kutipan Hasil Bulanan.    Pegawai berek kawasan hendaklah menentukan bahawa kontraktor dimaklumkan berkaitan dengan penggunaan elektrik,air dan pembersihan tong sampah bagi tiap-tiap bulan. Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Memerintah/Pemerintah Pangkalan/Unit untuk membuat kutipan bulanan bagi perkara-perkara berikut sebelum empat belas (14) haribulan berikutnya:

a.        Rebat dan memasukkannya ke dalam Tabung Kebajikan Rejimen atau setaraf .

b.        Penggunaan elektrik,air dan pembersihan tong sampah.

 

13. Garispanduan Untuk Kontaktor. Pegawai memerintah/Pemerintahan adalah tanggunjawab memberikan kontraktor apa-apa garis panduan dan peraturan yang difikirkan perlu bagi mentadbirkan kantin dengan cekap dan teratur.

 

14. Kontraktor adalah dilarang :

a.         Menyewa atau mengadakan alat perjudian di kantin atau premis kantin.

b.         Menjual barang-barang runcit di kantin.

c.         Membenarkan individu termasuk saudara mara menginap di kantin atau premis kantin kecuali mereka yang mendapat kelulusan tapisan keselamatan.

d.        Memberi kredit atau berhutang kepada anggota-anggota tentera.

 

15. Kegagalan kontraktor mematuhi larangan-larangan di para 626 adalah juga disifatkan sebagai melanggar syarat-syarat dan peraturan kontrak dan tindakan untuk menamatkan kontrak hendaklah diambil dengan melaporkan perkara tersebut kepada Bahagian Bekalan.

 

16. Pertikaian / Perbalahan Sebarang pertikaian dan perbalahan diantara Pegawai Memerintah/Pemerintah dengan kontraktor hendaklah dirujukkan kepada Bahagian Bekalan dan MTU-Senggara Kompleks untuk tindakan selanjutnya

17. Wakil daripada Bahagian Bekalan dengan bantuan Pegawai Berek Kawasan akan membuat lawatan dari masa ke semasa untuk menentukan segala peruntukan dalam perintah ini dipatuhi sepenuhnya.

 

18.      Kedai Keluarga

a.         Nilaian Sewa Bangunan

(1)       Sebelum proses pelawaan sebut harga deilaksanakan,pegawai Memerintah/Pemerintah hendaklah menghubungi Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta berkenaan supaya memperakukan nilaian sewa bangunan berkaitan.

(2)       Nilaian sewa bangunan akan dijadikan asas semasa jawatankuasa memilih penyewa yang berjaya.

b.        Perlawaan Tawaran Sebutharga  Pegawai Memerintah/Pemerintah hendaklah mempelawa hendaklah tidak kurang dari lima (5) Syarikat berdaftar dengan Pendaftaran Perniagaan/ Pendaftar Syarikat yang berupaya menjalankan perkhidamatan kedai keluarga yang dikehendaki tarikh tutup perlawaan sebutharga hendaklah empatbelas (14) hari dari tarikh surat perlawaan. Contoh surat perlawaan sebutharga adalah seperti di kembaran E.

c.         Syarat-syarat Sebutharga Syarat- syarat sebutharga adalah seperti di Kembaran F.

d.        Jawatankuasa Penjadualan Sebutharga Pangkalan/Unit.

(1)       Jawatankuasa hendaklah dianggotai oleh seorang Pegawai yang Bertauliah dan seorang anggota yang berpangkat Pegawai Waran/PTT Kanan atau setaraf.

(2)       Tanggungjawab Jawatankuasa adalah seperti berikut :

(a)      Membuka borang tawaran sebutharga pada tarikh pelawaan sebutharga ditutup.

(b)      Mendaftar semua maklumat penender kedalam borang penjadualan sebutharga seperti di Kembaran G.

e.         Jawatankuasa Sebutharga Pangkalan/Unit .

(1)       Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada tiga (3) orang Pegawai Bertauliah pengerusi  hendaklah sekurang-kurangnya berpangkat Mejar dan setaraf.

(2)       Jawatankuasa sebutharga hendaklah mempertimbangkan laporan dari penaja pelawaan sebutharga Pangkalan/Unit.Jawatankuasa hendaklah mengambil kira beberapa aspek seperti berikut semasa memperakukan penender yang berjaya.

a.         Tawaran sewa bangunana setiap bulan.

b.         Harga barangan yang dikenakan oleh penender.

c.         Modal perniagaan

d.         Latarbelakang/pengalaman berniaga.

e.         Bekas tentera, bumiputera dan pendudul tempatan diutamakan.

(3)  Setelah Jawatankuasa Sebutharga bersidang, syor dan sokongan penender yang diperakukan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Memerintah/Pemerintah untuk mendapatkan sokongan dan ulasan dengan menggunakan  borang seperti kembaran H.

f.          Sokongan Pegawai Memerintah/Pemerintah

(1)       Pegawai Memerintah/Pemerrintah hendaklah mengkaji syor dan ulasan jawatankuasa Sebutharga hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan, Tanah dan Anggaran) untuk mendapatkan keputusan/kelulusan muktamad. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

a.        Satu salinan borang tawaran sebutharga asal setiap penender.

b.        Satu salinan asal surat nilaian sewa yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan harta berkenaan.

c.        Satu salinan jadual penjadual sebutharga.

d.        Satu salinan borang perbandingan harga tawaran seperti borang di Kembaran I.

e.        Satu salinan borang ulasan dan perakuan Jawatankuasa Sebutharga dan sokongan Pegawai Memerintah seperti borang di Lampiran 1 dan Lampiran 2 kepada Kembaran I.

g.        Keputusan/Kelulusan

(1)       Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan Tanah dan    Anggaran) akan menyemak, mengkaji dan membuat keputusan (tolak/Lulus) . Keputusan kelulusan akan disampaikan kepada Pegawai Memerintah/Pemerintah.

(2)       Pegawai Memerintah/Pemerintah setelah menerima keputusan kelulusan dari Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan, Tanah dan Anggaran) hendaklah mengeluarkan surat kelulusan kepada penender yang berjaya.Contoh surat kelulusan seperti di Kembaran J.

 

19. Kedai dobi dan Jahitan.

a.        Nilaian Sewa Bangunan

(1)      Enam (6) bulan sebelum kontrak dobi dan jahitan diproses, pegawai Memerintah/Pemerintah hendaklah menghubungi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berkenaan supaya memperakukan nilaian sewa bangunan diobi dan jahitan.

(2)      Nilaian sewa bangunan semasa hendaklah dimasukkan kedalam dokumen kontrak dobi dan jahitan yang akan diuruskan oleh Bahagian Bekalan.

(3)      Kontraktor yang berjaya dalam kontrak perkhidmatan dobi dan jahitan di kem-kem Angkatan Tentera dibenar menduduki bangunan yang disedia oleh Pegawai Memerintah/Pemerintah. Kontraktor akan dikenakan bayaran sewa bangunan mengikut nilaian sewa oleh Jabatan Penilaian.

 

20. Lain-lain Sewaan

a.       Penyewa yang ingin menyewa bangunan atau ruang bangunan selain dari kedai keluarga dan kedai dobi dan jahitan di kem-kem ATM hendaklah mengemukakan permohonan bertulis ke Bahagian Pembangunan melalui Pegawai Memerintah/Pemerintah.

b.        Pegawai Memerintah/Pemerintah hendaklah memberi ulasan keatas permohonan tersebut dan kemukakan kepada Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan, Tanah dan Anggaran) melalui MTU – Senggara Kompleks.

c.         MTU- Senggara Kompleks akan memberi ulasan dan mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pembangunan ( Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran).

d.        Bahagian Pembangunan ( Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) akan memberitahu keputusan kepada pemohon dan salinan ke MTU – Senggara kompleks dan Pangkalan berkenaan.

 

21. Kedai keluarga

a.        Bahagian Pembangunan ( Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) akan menyediakan tiga salinan surat perjanjian apabila Pegawai Memerintah/Pemerintah mengemukakan perkara-perkara berikut:

(1)       Surat setuju teriama kelulusan tawaran sebutharga oleh penender.

(2)       Wang cagaran sewa bangunan bernilai tiga bulan kadar sewa.

(3)       Wang cagaran penggunaan elektrik, air dan perkhidmatan tong sampah.

(4)       Bayaran sewa bangunan peringkat pertama bagi tempoh yang ditetapkan.

b.        Bahagian Pembangunan akan mengemukakan tiga salinan surat perjanjian Pegawai Memerintah/Pemerintah supaya mendapatkan tandatangan penender dan disaksikan oleh Pegawai Memerintah/Pemerintah.

c.         Setelah menerima surat Perjanjian dari Pegawai Memerintah/Pemerintah,Bahagian Pembangunan ( Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) akan mengemukakan tiga salinan surat perjanjian untuk ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

 

22. Kedai dobi dan Jahitan

a.        Setelah Bahagian Bekalan mengeluarkan surat kelulusan tender perkhidmatan dobi dan jahitan kepada peneder yang berjaya, Pegawai Memerintah/Pemerintah hendaklah mengemukakan kepada Bahagian Pembangunan ( Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) perkara-perkara berikut:

(1)       Satu salinan pelan lokasi bangunan dobi dan jahitan.

(2)       Satu salinan pelan bangunan dengan menyatakan nombor bangunan dan keluasannya.

(3)       Satu salinan surat nilaian sewa terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidamatan Harta berkenaan.

b.        Setelah satu salinan kontrak perkhidamatan dobi dan jahitan dikeluarkan oleh Bahagian Bekalan, Bahagian Pembangunan ( Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) akan menyedia dan mengemukakan tiga salinan surat perjanjian kepada Pegawai Memerintah/Pemerintah supaya mendapatkan tandatangan kontraktor dan disaksikan oleh Pegawai Memerintah/Pemerintah.

c.         Bahagian Pembangunan ( Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) akan mengemukakan tiga salinan surat perjanjian supaya ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

 

23. Lain-lain sewaan

a.        Setelah penyewa menerima syarat-syarat kelulusan sewaan bangunan, Bahagian Pembangunan ( Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) akan menyedia dan mengemukakan tiga salinan surat perjanjian untuk ditandatangani dan disaksikan oleh pihaknya.

b.        Pesuruhjaya Tanah Persekutuan akan menandatangani tiga salianan surat perjanjian.

 

24. Agihan Surat Perjanjian

a.        Apabila surat-surat perjanjian sewa bangunan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan ianya akan diagihkan oleh Bahagian Pembangunan ( Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) kepada pihak-pihak seperti berikut :

(1)       Salinan pertama kepada penyewa/kontaktor.

(2)       Salinan kedua untuk disimpan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

(3)       Salinan ketiga untuk disimpan oleh Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran).

(4)       Salinan yang disahkan kepada pihak-pihak berkenaan.

 

25. Penamatan Perjanjian

a.        Perjanjian sewa bangunan kedai keluarga dan lain-lain kedai boleh ditamatkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada bila-bila masa atas syor pegawai Memerintah/Pemerintah dan disokong oleh Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran). Sebab-sebab perjanjian sewa boleh ditamatkan adalah seperti berikut:

(1)       Kontraktor/Penyewa didapati melakukan pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan dalam perjanjian sewa bangunan.

(2)       Jika kontraktor/penyewa enggan menjelaskan sewa bangunan apabila diberi amaran oleh pegawai Memerintah/Pemerintah dalam tempoh empatbelas hari dari tarikh suratnya.

(3)       Jika kontraktor/Penyewa enggan menjelaskan bil-bil debit baucar elektrik dan air apabila diberi amaran melalui surat berdaftar oleh Pegawai Memerintah/Pemerintah dalam tempoh empatbelas hari dari tarikh suratnya.

(4)       Perkhidmatan yang diberi kurang memuaskan.

 

26.  Cara-cara bayaran sewa Cara bayaran sewa bangunan adalah seperti berikut:

a.        Sewa bulanan Rm100 kebawah hendaklah dibayar enam (6) bulan sekali bayar pada bulan pertama tempoh berkenaan.

b.        Sewa bulanan  melebihi RM100 hingga RM500 hendaklah dibayar tiga (3) bulan sekali bayar pada bulan pertama tempoh berkenaan.

c.         Sewa melebihi RM500 keatas hendaklah dibayar setiap bulan.

 

27. Bayaran sewa hendaklah dibuat dalam bentuk bank deraf/kiriman wang/ wang pos atas nama seperti di bawah: 

            Kawasan                                                     Penerima bayaran

 

            Semenanjung                                             Akauntan kanan Perbendaharaan

                                                                                  KEMENTAH

 

            Sarawak                                                       Ketua Penolong Setiausaha

                                                                                  Kementerian Pertahanan

                                                                                  Cawangan Sarawak

 

            Sabah/Labuan                                           Ketua Penolong Setiausaha

                                                                                  Kementerian Pertahanan

                                                                                  Cawangan Sabah

28. Tanggungjawab Pegawai Memerintah/Pemerintah. Pegawai Memerintah/Pemerintah adalah bertanggungjawab untuk:

a.      Menguruskan surat perjanjian sewa bangunan yang dikemukakan oleh Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) supaya mendapatkan tandatangan kontraktor/penyewa dan disaksikan oleh pihaknya.

b.        Mengurus rekod kutipan bayaran sewa bangunan dan bil elektrik dari kontraktor/penyewa sepanjang tempoh surat perjanjian. Pewagai Memerintah/Pemerintah hendaklah mengemukakan bayaran tersebut kepada pihak-pihak seperti dinyatakan di perenggan empatbelas dan salinan Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) untuk rekod. Contoh rekod kutipan sewa bangunan seperti di Kembaran K.

c.         Mengenukakan laporan kutipan sewa tiga (3) bulan sekali kepada Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran) bagi tempoh seperti di bawah:

 

            Tempoh Sewa                                            Tarikh Patut Dikemukakan

 

            Jan – Mac                                                    Sebelum 15 April

 

            April – Jun                                                   Sebelum 15 Jul

 

            Jul – Sept                                                    Sebelum 15 Okt

 

            Okt – Dis                                                      Sebelum 15 Jan

 

 

Contoh borang laporan seperti di Kembaran L.

d.        Memberi garis panduan kepada kontraktor/Penyewa apa-apa peraturan yang difikirkan perlu bagi mentadbirkan bangunan dengan cekap dan teratur.

e.        Memerlukan bangunan/tapak bangunan yang diduduki oleh kontraktor/penyewa mendapat kelulusan sewa dari Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran).

f.         Lain-lain hal berhubung dengan kontraktor/penyewa.

 

29.Tapisan keselamatan tapisan keselamatan bagi kontraktor/penyewa dan pekerja-pekerjanya dalam kawasan Pangkalan/Unit hendaklah dibuat kepada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan. Senarai nama-nama pekerja hendaklah sentiasa disimpan oleh Pegawai Memerintah/Pemerintah.

 

30. Sebarang pertikaian atau perbalahan di antara Pegawai Memerintah/Pemerintah dan kontraktor hendaklah disalurkan ke Bahagian Pembangunan (Cawangan Perumahan,Tanah dan Anggaran).  

Thursday, 08 September 2016 12:10

PROSES PERMOHONAN PROJEK BARU

Written by

PROSES PERMOHONAN PROJEK BARU

 

KEPERLUAN AWAL

1.    Pengguna (Skn/Caw) mengemukakan keperluan (need of statement) bersama lakaran kasar.

2.    PSK mendapatkan lukisan terperinci dan anggaran kos dari JKR.

3.    PSK membuat perancangan perolehan berdasarkan anggaran kos dan perbincangan dengan pihak JKR. (senggaraan kecil, kontrak bermasa, sebutharga atau tender).

4.    PSK mendapatkan skopkerja terperinci / BQ dari JKR.

5.    Pengguna (Skn/Caw) mengesahkan skopkerja / BQ.

 

MEMOHON PERUNTUKAN

6.    PSK memajukan skopkerja bersama permohonan peruntukan kepada MTU Infrabina.

7.    PSK menyediakan taklimat kuarter dan dimajukan ke MTU Infrabina.

 

PROSES PEROLEHAN(SETELAH PERUNTUKAN DIPEROLEHI)

8.    Memajukan surat permohonan untuk melaksanakan kerja kepada jkr beserta skopkerja/ BQ.

9.    Tunggu perlantikan kontraktor oleh pihak JKR.

 

PERLAKSANAAN KERJA

10. PSK memberikan taklimat prosedur kerja dalam pangkalan ketika mesyuarat perlantikan kontraktor.

11. PSK bersama JKR memantau kerja kontraktor di tapak bina.

12. PSK menghadiri mesyuarat pemantauan projek setiap bulan dan melaporkan status pembinaan kepada Komander Pangkalan.

 

PERKHIDMATAN UTILITI

13. PSK membuat permohonan utility untuk bangunan baru. Bekalan air, elektrik, telefon, internet dan siaran TV (yang mana berkenaan) dengan pihak berkuasa tempatan/agensi terlibat.

 

AMBIL ALIH

14. PSK menguruskan untuk pengguna ambil alih projek dari JKR.

 

TEMPOH KECACATAN

15. PSK memantau kecacatan bangunan ketika tempoh tanggungan kecacatan.

16. Sekiranya ada kerosakan/kecacatan, PSK membuat laporan segera kepada JKR dan menggesa pembaikan dilaksanakan segera oleh kontraktor sebelum tamat tempoh tanggungan kecacatan.

 

DAFTAR BANGUNAN BARU

17.PSK mengemukakan pendaftaran aset/bangunan baru ke MTU Infrabina.

Thursday, 08 September 2016 11:53

CARTA ALIR KEROSAKAN RKAT

Written by

Thursday, 08 September 2016 11:33

CHECKLIST PERLAKSANAAN KERJA-KERJA SENGGARAAN

Written by

CHECKLIST PERLAKSANAAN KERJA-KERJA SENGGARAAN

1.         Checklist melapor kerosakan.

a.         Pengadu membuat laporan kerosakan di Pejabat Senggara Kompleks.

b.         Staff Senggara membuat/melengkapkan laporan kerosakan (Borang JKR 4/BPKP 4)dan membuat rekod bagi setiap laporan kerosakan.

c.         Pegawai Senggara Kompleks memeriksa kerosakan dan memajukan laporan kerosakan ke Agensi Pelaksana (JKR atau BPKP).

d.         Agensi Pelaksana mendaftar laporan kerosakan (Borang JKR 4/BPKP 4)dan memberi keutamaan kerosakan.

e.         Agensi Pelaksana memeriksa kerosakan dan membuat anggaran perbelanjaan .

f.          Agensi Pelaksana melantik dan mengarahkan Kontraktor melaksanakan kerja.

g.         Kontraktor memaklumkan kepada Pasukan/Pengadu untuk melaksanakan kerja.

 

2.         ChecklistKerja Siap.

a.         Agensi Pelaksana akan memaklumkan kepada pasukan kerja telah siap dilaksanakan.

b.         Agensi Pelaksana bersama Pegawai/Staff Senggara akan membuat pemeriksaan kerja yang telah siap dibaiki.

c.         Tandatangan Borang Siap Kerja setelah berpuas hati terhadap kerja pembaikan.

 

d.         Pegawai/Staff Senggaramerekod dan mengemaskini buku buku laporan.

Thursday, 08 September 2016 11:30

CARTA ALIR LAPORAN KEROSAKAN

Written by