Tuesday, 06 September 2016 08:55

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Written by
Rate this item
(0 votes)

1.         NAMA JAWATAN                             :           Ketua Cawang Tadbir

2.         PERJAWATAN                                 :           1 X Lt Kol TUDM (Urus)

3.         BERTANGGUNGJAWAB                :           Pegawai Memerintah

            KEPADA

4.         RINGKASAN DAN TANGGUNGJAWAB

a.         Ketua Cawang Tadbir (KCT) adalah bertanggungjawab kepada Pegawai Memerintah di atas semua aspek yang bersangkutan dengan pentadbiran harian serta menentukan pengurusan organisasinya berjalan dengan lancar dan cekap. KCT juga merupakan penasihat kepada Pegawai Memerintah mengenai semua urusan pentadbiran anggota dan dokumen.

5.         BIDANG TUGAS.KCT bertanggungjawab mengkoordinasikan semua pentadbiran dokumentasi dan pergerakan anggota pangkalan serta menyelaras hal-ehwal tatatertib, latihan, gaji, agama dan kemudahan anggota serta keluarga. Bidang tugas dan tanggungjawab KCT adalah seperti berikut :

a.         Menentukan kecilinan pentadbiran dan pengurusan anggota keseluruhannya.

b.         Menentukan polisi, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atasan dilaksanakan dengan betul.

c.         Mengawal dan menguruskan segala keperluan senggaraan pangkalan.

d.         Melaksanakan peraturan berkaitan tatatertib dan istiadat tentera.

e.         Menentukan tempat penginapan dan sajian bagi anggota   pangkalan dan anggota tentera yang datang bertugas di pangkalan ini.

f.         Mengatur, menyusun, meningkatkan dan melaksanakan keperluan latihan kepada anggota pangkalan mengikut arahan dan dasar.

g.         Menentukan langkah-langkah keselamatan di ambil untuk menjaga harta benda, nyawa dan maklumat.

h.         Menguruskan segala tindakan urusan gaji dan elaun anggota.

i.          Melaksanakan dasar pelajaran ATM.

j.          Memastikan semua kegiatan agama pangkalan termasuk urusan kematian diuruskan dengan betul.

k.         Menentukan semua urusan perubatan dan kesihatan warga pangkalan diuruskan dengan sewajarnya.

l.          Menetukan pengurusan akaun perkhidmatan (non-public fund) bagi pihak Pegawai Memerintah.

m.       Menentukan Lembaga Audit bersidang mengikut tempoh yang ditetapkan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas teguran yang dibuat oleh pihak  atasan.

n.         Menentukan pengurusan dan pentadbiran semua kakitangan awam pangkalan.

o.         Menentukan segala urusan perundangan ATM dan perkara yang berhubung dengan urusan penyiasatan kes jenayah dan disiplin dilaksanakan.

p.         Menentukan semua urusan kebajikan dan sosial serta segala masalah berkaitan.

q.            Menjadi agensi pelapor di atas kemajuan projek pembangunan infrastruktur di dalam pangkalan.

r.         Lain-lain arahan oleh Pegawai Memerintah dari masa ke semasa.

 

 

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1.         NAMA JAWATAN                             :           Pegawai Perkhidmatan Anggota

2.         PERJAWATAN                                 :           1 X Kapt TUDM (Urus)

3.         BERTANGGUNGJAWAB                :           Ketua Cawang Tadbir

            KEPADA

4.         RINGKASAN DAN TANGGUNGJAWAB

a.         Pegawai Perkhidmatan Anggota adalah bertanggungjawab kepada Ketua Cawang Tadbir dari segi mentadbirkan Bilik Rentah dan Pusat Pendaftaran bagi mengendalikan jentera pentadbiran pangkalan dalam bidang perkhidmatan anggota.

5.         BIDANG TUGAS

a.         Bertanggungjawab di atas penguruan dan pengendalian semua perkara berhubung dengan pentadbiran anggota seperti berikut:

(1)       Menyemak, menyusun dan menentukan pengeluaran Perintah Bahagian Dua Pegawai dan Ahli Udara.

(2)       Syarat-syarat perkhidmatan anggota dan perlaksanaan perkara-perkara berikut :

i.          Menyambung perkhidmatan.

ii.         Melanjutkan perkhidmatan.

iii.         Masuk berkhidmat.

iv.        Tukar ketukangan.

v.         Tukar Kor.

vi.        Pemberhentian.

vii.       Tamat Perkhidmatan.

viii.       Bersara.

ix.        Kenaikan Pangkat.

x.         Gaji Pangkat Tinggi.

(3)       Pertukaran/tumpangan pertukaran dan tumpangan yang dikeluarkan dan pengistiharan Perintah Bahagian Dua yang bersangkutan.

(4)       Dokumentasi ketibaan dan penyelesaian.

(5)       Mengurus dan mengatur dokumentasi dan pergerakan anggota.

(6)       Dokumentasi ketibaan dan penyelesaian.

(7)       Mengurus dan mengatur dokumentasi dan pergerakan anggota.

(8)       Urusan percutian anggota merangkumi :

i.          Mematuhi dasar yang berkuatkuasa.

ii.         Semakan dan pengesahan hak atau keistemewaan seseorang untuk mendapatkan perbelanjaan kerajaan.

iii.         Pengeluaran dan kawalan waren perjalanan

iv.       Memastikan semua maklumat cuti direkodkan ke dalam rekod cuti.

(9)       Laporan Sulit Pegawai dan Ahli Udara, tempoh dan masa perkara diperlukan atau diedarkan hendaklah mengikut masa yang ditetapkan.

(10)     Dokumentasi merangkumi :

i.         Pengurusan dan mengemaskini semua dokumen perkhidmatan.

ii.         Sistem fail yang kemas.

iii.         Urusan publikasi untuk rujukan.

iv.      Pemusnahan dokumen yang berdarjah kebajikan.

Read 312 times Last modified on Tuesday, 06 September 2016 09:23