Thursday, 08 September 2016 13:22

BIDANG TUGAS PERUNDANGAN/DISIP

Written by
Rate this item
(0 votes)

1. BIDANGTUGAS & TANGGUNGJAWAB PEJABAT PERUNDANGAN/DISIP PANGKALAN.

a.        Membuat permohonan pelantikan Pegawai Memerintah/Komander Rendah mengikut keperluan semasa kepada Pihak Berkuasa Tinggi.

b.        Memastikan Perintah Tetap Pangkalan/Unit dikemaskini dan berkuatkuasa dari masa kesemasa.

c.         Merekod kesemua maklumat berhubung aduan atau laporan kes-kes tatatertib yang diterima.

d.        Mengeluarkan kawat utusan MAKES setiap hari Jumaat pada setiap minggu.

e.        Mengeluarkan kawat utusan MAKLUMAT PERKEMBANGAN KES bagi setiap kes tatatertib yang diambil tindakan yang sewajanya sehingga selesai.

f.         Memajukan LAPORAN KELENGAHAN LAPAN HARI DI BAWAH SEKSYEN 94(2) AAT 1972 bagi setiap anggota yang diletakkan di bawah tangkapan rapi atau longgar.

g.        Menyelaras keperluan untuk Prosidur Penyiasatan Pegawai Memerintah di bawah Kaedah 33 kepada PU (A) 163, Prosidur Pengurusan Pertuduhan Secara Terus oleh Pegawai Memerintah (Orderly Room Procedure), Perbicaraan Mahkamah Tentera dan Penubuhan Lembaga Siasatan.

h.        Berhubung secara terus dengan PS 2 Tatatertib/Tadbir di Markas Pemerintahan/Formasi bagi permohonan kelulusan hukuman Pegawai Memerintah, pengurusan kes-kes yang dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tinggi dan perbicaraan Mahkamah Tentera.

i.          Berhubung secara terus dengan pihak berkuasa awam yang berkenaan atau Mahkamah Sivil/Syariah bagi mendapatkan status terkini kes-kes yang melibatkan anggota dari pangkalan/unit.

j.          Memajukan penyata keseluruhan dan status terkini kes-kes tatatertib ke Jabatanarah Perundangan secara berkala.

 

2.    BIDANGTUGAS & TANGGUNGJAWAB JAWATAN-JAWATAN BERKAITAN DENGAN SUB TRADE DI PEJABAT PERUNDANGAN/DISIP PANGKALAN.

a.         AJUTAN

1)        Berhubung secara terus dengan PS 2 Tatatertib/Tadbir di Markas Pemerintahan/Formasi bagi permohonan pelantikan Pegawai Memerintah/Komander Rendah kepada Pihak Berkuasa Tinggi.

2)        Membuat semakan secara berpenggal ke atas Perintah Tetap Pangkalan/Unit dan memastikan ianya dikemaskini dan berkuatkuasa dari masa kesemasa.

3)        Menentukan setiap aduan/laporan berhubung ketidakpatuhan/perlanggaran undang-undang/tatatertib di ambil tindakan yang sewajarnya.

4)        Menentukan kawat utusan MAKES/MAKLUMAT PERKEMBANGAN KES dikeluarkan dan dimajukan kepada pihak atasan yang berkenaan mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan.

5)        Menyelaras keperluan penyiasatan Pegawai Memerintah di bawah Kaedah 34 PU (A) 163.

6)        Menyelaras keperluan dan pelantikan Pegawai Mengambil Ringkasan/Cabutan Keterangan bagi penyiasatan Pegawai Memerintah di bawah Kaedah 35/36 PU (A) 163.

7)        Menyelaras keperluan dan pelantikan Lembaga Siasatan di bawah Seksyen 147 AAT 1972, PU (A) 160 dan PU 9302.

8)        Membuat semakan ke atas format serta keterangan saksi-saksi dan eksibit yang direkodkan dalam Ringkasan/Cabutan Keterangan dan Laporan Lembaga Siasatan supaya memenuhi keperluan dan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.

9)        Memastikan Prosidur Pengurusan Pertuduhan Secara Terus oleh Pegawai Memerintah (Orderly Room Procedure) dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan hak-hak sidituduh diberikansewajarnya.

10)      Berhubung secara terus dengan Berhubung secara terus dengan PS 2 Tatatertib/Tadbir di Markas Pemerintahan/Formasi bagi permohonan Kelulusan Hukuman bagi hukuman-hukuman yang berkenaan.

11)      Memastikan tindakan pentadbiran yang sewajarnya diambil selepas hukuman dijatuhkan/diluluskan (koordinasi dengan Bilik Rentah Pangkalan/Unit).

12)      Memastikan keperluan dokumentasi di bawah Kaedah 38 PU (A) 163 dipatuhi dengan sewajarnya bagi kes-kes yang dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tinggi.

13)      Memastikan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi Perbicaraan Pihak Berkuasa Atasan Yang Berkenaan (ASA) dan Mahkamah Tentera disediakan dan dimajukan kepada  PS 2 Tatatertib/Tadbir di Markas Pemerintahan/Formasi mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

14)      Membantu menyelaras keperluan Perbicaraan Pihak Berkuasa Atasan Yang Berkenaan (ASA) dan Mahkamah Tentera sepertimana yang diarahkan oleh PS 2 Tatatertib/Tadbir di Markas Pemerintahan/Formasi (kehadiran sidituduh, pelantikan keahlian Mahtera, persediaan tempat jika perlu, dll)

 

b)        PTBK PERUNDANGAN/DISIP

1)        Merekod kesemua maklumat berhubung aduan atau laporan kes-kes tatatertib yang diterima ke dalam buku rekod tatatertib dan sistem HRMIS.

2)        Mengeluarkan kawat utusan MAKES setiap hari Jumaat pada setiap minggu.

3)        Mengeluarkan kawat utusan MAKLUMAT PERKEMBANGAN KES bagi setiap kes tatatertib yang diambil tindakan yang sewajanya sehingga selesai.

4)        Menyediakan LAPORAN KELENGAHAN LAPAN HARI DI BAWAH SEKSYEN 94(2) AAT 1972 bagi setiap anggota yang diletakkan di bawah tangkapan rapi atau longgar.

5)        Menyediakan penyata dan mengemaskini status kes-kes tatatertib termasuk kes-kes yang disiasat oleh pihak berkuasa awam serta yang dibicarakan oleh Mahkamah Sivil/Syariah.

Read 167 times